Harian Metro

Cari ramuan ampuh

-

 Maciel harap keputusan positif daripada kejohanan pramusim

Ketika Selangor bakal menanti kehadiran mereka di Liga Super pada 4 Februari, Kuala Lumpur berharap mampu melakar keputusan baik di kejohanan pramusim di Yogyakarta, Coppa Sleman yang juga bakal menjadi perlawanan ujian sebelum menghadapi saingan sebenar.

Pertanding­an itu juga menyediaka­n peluang terakhir buat jurulatih, Fabio Maciel untuk mencari kesebelasa­n utama yang mampu membawa cabaran Kuala Lumpur apatah lagi mereka bakal bersaing di liga utama negara buat kali pertama sejak enam tahun lalu.

Kuala Lumpur menyingkap tirai Coppa Sleman dengan kemenangan 2-0 ke atas kelab divisyen dua Indonesia, Pakindo Mojokerto Putra semalam dengan penggempur Brazil, Guilherme De Paula meledak kedua-dua gol sepanjang 25 minit pertama.

Maciel menurunkan pasukan terkuatnya dengan Indra Putra Mahayuddin dan Junior Aparecido mendominas­i tengah padang sambil dibantu penyerang, De Paula serta Paulo Josue.

“Ia perlawanan yang baik dan keputusan yang kami terima agak mengejutka­n kerana kami tiba pada sebelah pagi dan mengambil masa lebih lima jam untuk ke venue pertanding­an,” kata Maciel.

“Saya beranggapa­n pemain mungkin kepenatan, tetapi mereka tetap mampu melakar persembaha­n meyakinkan, mencipta banyak peluang dan bertahan dengan baik. Walaupun lawan kami adalah dari divisyen dua, mereka bukanlah calang-calang.”

Maciel akan merombak pasukannya untuk menghadapi perlawanan kedua menentang skuad Liga Perdana, PDRM, hari ini sebelum menentang tuan rumah, PSS Sleman, esok.

“Saya perlu memikirkan soal kecergasan pemain dan saya mungkin membuat perubahan kerana kami akan mengharung­i dua perlawanan dalam tempoh dua hari,” kata Maciel.

“Saya akan menggilirk­an pemain bagi membolehka­n semua anak buah saya beraksi. Pada masa sama, saya

juga mahu menjadi juara pertanding­an ini bagi menyuntik semangat sebelum kami bermain di Liga Super.”

Dalam satu lagi perlawanan, PSS Sleman menang 3-1 ke atas PDRM yang memperoleh gol tunggal menerusi Nazri Kamal selepas ketinggala­n 0-2.

Bagaimanap­un, Kuala Lumpur hadir tanpa pemain sayap, Naim Nazmi Zainuddin yang mengalami kecederaan dua minggu lalu manakala Irfan Zakaria sedang menyarung jersi kebangsaan di Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di China.

“Saya gembira dengan kejayaan Irfan serta Malaysia di China dan saya harap dia mampu meneruskan aksi cemerlang sebaik pulang nanti,” kata Maciel.

 ??  ?? AKSI pemain Kuala Lumpur (jersi biru) ketika menentang Pakindo Mojokerto Putra, semalam.
AKSI pemain Kuala Lumpur (jersi biru) ketika menentang Pakindo Mojokerto Putra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia