Harian Metro

Melaka puas hati benam Tok Gajah

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Kemenangan 4-1 Melaka United (MU) keatas Pahang pada kejohanan empat penjuru Piala Menteri Besar Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, atas kesungguha­n pemain mencipta kejayaan manis buat skuad terbabit.

Kapten MU, R Surendran berkata, walaupun menang besar pada pertemuan kelmarin, namun ia bukan pentas buat pemain mendabik dada atas keputusan di luar jangkaan terbabit.

Sebaliknya fokus akan terus terarah pada baki aksi perlawanan bertemu Terengganu dan Terengganu FC II dalam misi layak ke final.

“Sebagai pemain, kami pastinya mahu terus membentuk sentuhan lebih garang sepanjang kejohanan walaupun sebenarnya kami tidak terlalu memikirkan keputusan.

“Malah, apa yang penting kami mampu memenuhi perencanaa­n strategi yang disusun jurulatih Eduardo Almeida, tambahan saingan ini pentas terakhir menjelang perlawanan pertama Liga Super 3 Februari depan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan Almeida yang mudah difahami pemain mendorong aksi lebih berkesan secara berpasukan.

Bagaimanap­un, ianya bukan gambaran selesa berdepan skuad tuan rumah selepas ini tambahan mereka memperoleh sokongan peminat setia mereka yang hadir ke stadium.

Dalam perlawanan berkenaan gol MU dicipta R Gopinathan, R Surendran, Mohd Fauzi Roslan dan Nurshamil Abd Ghani sementara jaringan tunggal skuad Tok Gajah menerusi Chan Vathanaka.

Sehubungan itu, dia mengharapk­an sentuhan permainan pasukan akan terus lebih mantap sekali gus meningkatk­an motivasi mengharung­i Liga Malaysia musim ini.

 ??  ?? PEMAIN Melaka United, Jeon Woo Young (kanan) melompat sambil diasak pemain Pahang, Zubir Azmi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin.
PEMAIN Melaka United, Jeon Woo Young (kanan) melompat sambil diasak pemain Pahang, Zubir Azmi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia