Harian Metro

Yonghwa akui terbabit skandal

-

Annyeongha­seyo!!! Tidak mahu berteka-teki, anggota CNBLUE iaitu Yonghwa mengakui dia adalah selebriti yang dikaitkan mengenai satu skandal di Universiti Kyunghee. Dia didakwa mendapat layanan istimewa di universiti berkenaan.

Berikutan itu, dia memuat naik permohonan maaf di Instagram bagi menjawab isu berkenaan. Tindakan itu dibuat selepas agensinya FNC Entertainm­ent mengeluark­an kenyataan bahawa berlaku salah faham dalam kes berkenaan.

Menurutnya, apa saja yang berlaku itu berpunca daripada diri sendiri dan berasa amat kesal.

“Saya mahu melutut dan meminta maaf. Apa juga alasan yang timbul atau kebenarann­ya, saya tahu semua itu adalah silap saya.

“Dengan apa juga yang berlaku, saya cuba memperbaik­i segala sudut. Apa juga yang kamu mahu cakap mengenai saya, saya terima dengan hati terbuka.

“Buat keluarga, anggota band dan peminat, saya meminta maaf dan kesal dengan semua itu. Sukar untuk menggambar­kannya dalam katakata atau tindakan, namun, saya ikhlas mahu minta maaf,” katanya.

Terdahulu, universiti berkenaan dikecam hebat selepas memasukkan dua selebriti ke dalam institusi itu di bawah ‘layanan istimewa’. Laporan itu dikeluarka­n SBS baru-baru ini tanpa mendedahka­n butiran selebriti terbabit sehingga timbul pelbagai spekulasi.

“Seorang selebriti terkenal diterima masuk ke Universiti Kyunghee pada 2016. Dia sepatutnya perlu melalui proses wajib dan harus memiliki dokumen penting selain ada temu duga, namun dia tidak melakukann­ya.

“Disebabkan itu, dia menerima gred sifar dalam proses kemasukann­ya. Dua bulan selepas itu, barulah pusat pengajiann­ya membuka pengambila­n kepada pemohon lain. Meskipun tidak melalui proses wajib itu, dia tetap diterima masuk,” demikian laporan SBS.

Bagaimanap­un, laporan berkenaan ada menyebut selebriti itu anggota sebuah band selain berlakon dan mengacara. Turut disebut adalah dia pernah meledak pada 2009 sebagai pelakon drama yang sekali gus membuatkan ramai teringat Yonghwa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia