Harian Metro

Jo Kwon selar wartawan

-

Jo Kwon nampaknya tidak teragak-agak mencabar seorang wartawan yang menulis artikel mempersoal­kan kecenderun­gan seksnya sehingga dia dikecam ramai.

Dalam artikel berkenaan, penyanyi itu dipersoalk­an selepas mengambil swafoto dengan memakai rambut palsu selain berpakaian feminin. Penulis berkenaan kemudian menulis artikel hanya berdasarka­n komen daripada netizen yang ragu-ragu dengan seksualiti­nya.

Sebaik gambar itu dimuat naik, Jo Kwon menerima komen yang sangat melukakan.

Tidak mahu berdiam diri, dia kemudian membawa isu berkenaan ke Twitter disebabkan tidak mahu wartawan berkenaan menyalahi etika membuat laporan.

“Saya cuba abaikan semua komen negatif dan penyebar gosip buat masa ini, namun selepas membaca semua artikel ditulis, saya berasa ini adalah artikel paling hina.

“Judulnya benar-benar satu penghinaan dan hanya sekadar dahagakan perhatian. Tolong jaga maruah diri dengan komen kamu. Apa yang kamu fikir sewaktu menulis artikel berkenaan?” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia