Harian Metro

Anak angkat hadirkan cinta

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Menguruska­n anak bukanlah hal yang mudah dan ia membabitka­n mental serta fizikal. Apatah lagi jika bukan lahir daripada zuriat sendiri sebaliknya anak rakan yang meninggal dunia akibat kemalangan.

Itulah antara intipati jalan cerita filem Life As We Know yang disiarkan di TV2 pada 23 Januari ini, jam 9.30 malam.

Dibintangi Katherine Heigl, Barry Josey Ason, Josh Lucas, Hayes Mecarther dan Christines Hendricles, filem arahan Greg Berlanti ini bertemakan kisah kekeluarga­an dan kepayahan memelihara bayi yang baru dilahirkan.

Filem ini menceritak­an Holly dan Messer yang dipertemuk­an secara ‘blind date’ oleh rakan masing-masing akhirnya mereka terpaksa bersama-sama menjaga anak rakan mereka yang meninggal dunia dalam kemalangan. Seawal pertemuan lagi mereka tidak serasi dan beranggapa­n hubungan itu tidak akan berhasil, namun mereka sering kali bertemu secara tidak sengaja. Malah mereka menjadi pengapit ketika rakan mereka, Peter dan Allison berkahwin. Mereka juga menjadi ibu bapa angkat anak Peter dan Allison iaitu Sophie sebaik saja dia dilahirkan.

Malangnya ketika sambutan ulang tahun pertama Sophie, Peter dan Allison meninggal dunia akibat kemalangan. Sementara

Filem Life

As We Know temui

penonton di TV2 pada 23 Januari ini

mencari saudara mara terdekat yang boleh menjaga Sophie, dia diserahkan di rumah kebajikan. Tanpa sedar hubungan Holly dan Messer mula rapat disebabkan anak itu dan kerana tidak mahu hak penjagaan jatuh kepada orang lain lalu mereka sepakat menjadi ibu bapa angkat Sophie.

Lalu mereka berdua membesarka­n Sophie bersamasam­a walau mereka berdua tiada sebarang ikatan. Dari situ bermulalah konflik yang menguji kekuatan mereka membesarka­n Sophie.

Messer yang terkenal dengan sifat playboynya tetap berganti-ganti teman wanita. Sedangkan Holly pula lebih sibuk memikirkan perniagaan roti yang diusahakan­nya dan dalam diam Holly menaruh hati kepada pelanggan tetap di kedai rotinya iaitu Dr Sam.

Namun dalam diam, hubungan cinta Holly dan Messer berputik. Ketika cinta mereka semakin berkembang, dugaan datang apabila Messer terpaksa pilih antara Holly atau terima tawaran kerja di Phoenix. Atas desakan Holly yang mahu melihat Messer berjaya, dia menggalakk­an Messer terima tawaran itu dan mereka tinggal berjauhan. Holly terus menjaga Sophie dan dia menjalin semula hubungan dengan Dr Sam.

Ketika merayakan hari ‘Thanksgivi­ng’ , Holly mengundang Messer datang ke pesta itu tetapi mereka bertengkar. Untuk mengetahui apakah penamat cinta Messer, Holly dan Dr Sam, saksikan filem itu nanti.

Bagi yang tidak sempat menonton di TV, saksikan menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Ia juga dapat ditonton melalui RTM mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? FILEM Life As We Know papar isu kekeluarga­an.
FILEM Life As We Know papar isu kekeluarga­an.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia