Harian Metro

KISAH CINTA ADA KELAINAN

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Bukan sekadar konflik cinta tiga segi sebaliknya filem Bukan Cinta Malaikat yang diangkat berdasarka­n kisah benar mengenai pernikahan yang tidak sah sekali gus menjadi pengajaran buat semua.

Lebih menarik filem terbitan Ganesa Perkasa Films dan Ace Motion Pictures Sdn Bhd ini turut memaparkan aktiviti Muslim Care di lokasi sebenar di kawasan peperangan di Syria dan Kem Pelarian di Jordan.

Filem ini mendapat sentuhan pengarah terkenal Aziz M Osman dan sutradara dari Indonesia Herdanius Larobu.

Ia diterajui barisan pelakon hebat kolaborasi Malaysia dan Indonesia iaitu Nora Danish, Ashraf Muslim, Fachri Albar, Donita, Afida Es, Dewi Irawan, Joshua Pandeleki, Iqbal Pakula, Edi Brokoli dan Dewi Amanda.

Selaku pengarah,

Aziz mengakui bertanggun­gjawab berkongsi kisah benar itu dengan masyarakat.

“Ia kisah cinta yang ada kelainan. Saya bersyukur kerana Allah SWT beri ilham untuk buat filem yang memaparkan konflik rumah tangga ini.

“Saya sudah simpan idea untuk buat filem ini lebih enam tahun dan baru sekarang dapat direalisas­ikan.

“Pada masa sama, cerita ini juga memaparkan pengalaman saya ketika menjayakan aktiviti bersama Muslim Care,” katanya.

Ditanya cabaran ketika menghasilk­an filem yang mencecah bajet RM1.2 juta itu, kata Aziz, bukan mudah untuk bikin cerita yang mendapat tempat di hati peminat.

“Contohnya, cerita hero dan heroin yang diibaratka­n sudah jatuh ditimpa tangga.

“Sebab itu saya paparkan kisah malang yang berlaku dalam cerita ini dalam situasi teknikal terperangk­ap.

“Pada permulaan cerita ini, ia memang daripada kisah benar tetapi apabila watak Dewi mengandung ia imaginasi saya sendiri,” katanya.

Ditanya pemilihan Fachri pula, kata Aziz, dia sangat berpuas hati dengan prestasi lakonan ditampilka­n aktor itu.

“Sebenarnya, saya meminati bapa Fachri yang juga penyanyi band legenda God Bless Indonesia, Achmad Albar.

“Pemilihan Fachri selaku watak utama kerana dia sangat popular kerana lakonannya dalam sinetron Malim Kundang mendapat reaksi penonton di Malaysia sebelum ini.

 ??  ?? ANTARA babak menarik
dalam filem ini.
ANTARA babak menarik dalam filem ini.
 ??  ?? LAKONAN mantap Fachri dan Nora.
LAKONAN mantap Fachri dan Nora.
 ??  ??
 ??  ?? ASHRAF pegang watak Adam.
ASHRAF pegang watak Adam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia