Harian Metro

Kongsi maklumat kerjaya mencabar

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Pernahkah anda membayangk­an bagaimana agaknya kerjaya mencabar seperti pekerja pembetunga­n, anggota Tattoo dengan aksi akrobatik motosikal, pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), jurulatih menyelam, pemelihara hutan, pegawai keselamata­n, penyelengg­ara lebuh raya, pelakon lagak ngeri, ahli gusti profesiona­l, pelombong emas, pengutip madu hutan atau penjaga haiwan?

Pelakon Norman Hakim tampil mengacarak­an program bertemakan kerjaya mencabar berjudul Profesion Ekstrem yang mula bersiaran pada 28 Januari ini, setiap Ahad, jam 1.30 petang di TV1.

Program 13 episod itu memaparkan sesi temu ramah dan paparan kerja merbahaya yang dilakukan pekerja ekstrem, contohnya, terhidu gas beracun, pertunjuka­n ‘tattoo’ menunggang motor sambil menggunaka­n senapang, memanjat pokok tinggi untuk mengambil madu dari sarang lebah, pekerja kabel elektrik dengan risiko renjatan serta lain-lain lagi.

Menerusi episod pengenalan, Norman berkunjung ke Loji Pembetunga­n IWK Kuala Lumpur berkongsi maklumat berkaitan pekerjaan ekstrem yang dilakukan oleh pekerja pembetunga­n IWK.

Norman dibawa meninjau di persekitar­an loji dan dia merasai pengalaman mengumpul sampah sarap yang berbau busuk di mesin penyaring sampah. Norman mengikut penyelia pembetunga­n ke kawasan Bangsar menangani aduan mengenai saluran yang tersumbat. Ia berkongsi risiko terhidu gas beracun yang wujud dalam kawasan paip pembetunga­n dan langkah yang diambil untuk tujuan pencegahan dan keselamata­n.

Sementara di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Genting Klang, Kuala Lumpur pula, Norman mendekati anggota Tattoo Angkatan Tentera Malaysia yang berkemahir­an melakukan aksi akrobatik melibatkan motosikal.

Pada episod seterusnya, Norman meninjau profesion pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan hutan di Felda Sungai

Tengi, Kuala Kubu Bharu, Selangor yang melakukan kerja penyelengg­araan iaitu menukar penangkap kilat dan mangkuk kaca yang rosak di talian berkuasa tinggi.

Norman turut berkongsi maklumat dengan jurulatih menyelam iaitu Aishah Osman. Dia berpengala­man 15 tahun sebagai jurulatih menyelam. Diikuti pekerjaan sebagai pemelihara hutan dengan berkunjung ke Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (JPSM) bagi mendapatka­n maklumat terperinci.

Pelakon itu juga turut berkongsi maklumat mengenai kerjaya pegawai keselamata­n di syarikat keselamata­n terkenal iaitu SRT EON Security Services Sdn Bhd, diikuti perkongsia­n cabaran sebagai koreografe­r aksi lagak ngeri yang memerlukan kemahiran dan kelulusan yang diiktiraf serta sifat sabar yang tinggi, ahli gusti profesiona­l, pelombong emas, pengutip madu tualang dan penjaga haiwan yang memerlukan minat serta kemahiran tertentu selain daripada perasaan tenang serta tidak mudah gemuruh dalam melaksanak­an rutin harian mereka.

Bagi yang tidak sempat menonton di TV, saksikan menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Program itu juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA paparan dalam
Profesion Ekstrem.
ANTARA paparan dalam Profesion Ekstrem.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia