Harian Metro

Thalia buka buku baru

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

Lebih senang terbabit kerja amal, bantu suami uruskan syarikat

Biarpun sudah mencuba pelbagai cara, impian Ketty Natalia Rasul Khan untuk mencipta nama dalam bidang seni belum membuahkan hasil.

Kali pertama, penyertaan­nya sebagai protege Ziana Zain menerusi Mentor 4 pada 2010 berakhir dengan kegagalan apabila digugurkan oleh artis popular itu pada saat akhir sebelum beraksi pada persembaha­n pertama.

Tidak berputus asa, Natalia atau Thalia, 31, kemudian tampil dengan single berjudul Inspirasi pada 2011, namun, akur sambutan yang diterima kurang menggalakk­an.

“Ketika mengeluark­an single itu, saya baru berkahwin dan kemudian hamil anak pertama. Dalam keadaan begitu, agak sukar untuk saya terbabit dengan promosi.

“Pada mulanya, memanglah saya dapat sorokkan perut tapi setakat manalah sangat kerana ia makin membesar. Nak menyanyi pun saya termengah juga,” katanya.

Dugaan yang dihadapiny­a tidak terhenti setakat itu saja kerana rumah tangga Thalia turut bermasalah dan sebaik anaknya dilahirkan, dia terus memegang status ibu tunggal.

“Itu cerita lama dan sekarang saya sudah buka buku baru dan apabila kembali bersuami tahun lalu. Tawaran menyanyi masih ada membabitka­n majlis tertutup.

“Pada 2013, saya bekerja dengan syarikat Penerbanga­n Malaysia (MAS) di bahagian khidmat pelanggan. Ketika itu saya berfikir pendapatan sebagai penyanyi tak menentu dan ada baiknya bekerja tetap.

“Tapi saya terikat dengan kerja syif dan hanya bertahan selama setahun sebelum berhenti kerja,” katanya.

Bercerita perkembang­an terbarunya, Thalia kini lebih senang membabitka­n diri dengan kerja amal dan dilantik sebagai duta Majlis Perundinga­n Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (MAPIM) sejak 2015.

“Tapi pelantikan itu bukanlah secara rasmi dan hanya terbabit dengan program anjuran mereka. Banyak juga aktiviti yang saya buat antaranya kutipan dana untuk tabung mereka.

“Diikutkan nama MAPIM amat besar kerana mereka sering ke depan dalam menangani isu berkaitan perang dan banyak lagi,” katanya.

Menurut Thalia, pelantikan­nya berlaku secara tidak sengaja kerana dipanggil menyanyika­n lagu tema MAPIM berjudul Insan Peduli.

“Lagu ini ciptaan Othman Mohamad, manakala liriknya oleh Cikgu Azmi iaitu Presiden MAPIM sendiri. Ia ditulis berdasarka­n pengalaman­nya melawat lokasi peperangan.

“Saya dipilih menyanyika­nnya dan melihatkan komitmen yang diberikan, mereka terus melantik saya secara rasmi sebagai duta MAPIM pada tahun lalu. Inilah pencapaian terbesar yang saya kecapi dalam hidup,” katanya.

Tahun lalu juga, Thalia turut berduet dengan kakaknya, KD Sofea dalam lagu berjudul Bukan Dia.

“Bukan tiada tawaran daripada syarikat rakaman tapi saya kurang selesa terikat dengan mana-mana pihak,” katanya.

Thalia berkata, dia mula berhijab sejak 2015 dan keputusan ini dibuat atas kehendak sendiri tanpa paksaan sesiapa.

“Syukur saya melakukann­ya sebelum ayah meninggal dunia. Apabila bertudung, ramai pula yang tidak kenal saya.

“Saya kini membantu suami menguruska­n syarikatny­a Soul Art Legacy yang menganjurk­an kursus seperti motivasi dan latihan,” katanya.

Thalia menguruska­n penjualan tudung dan bertindak selaku fasilitato­r mengendali­kan kem motivasi membabitka­n pelajar tahfiz.

 ??  ?? Bukan tiada tawaran daripada syarikat rakaman tapi saya kurang selesa terikat dengan mana-mana pihak
Bukan tiada tawaran daripada syarikat rakaman tapi saya kurang selesa terikat dengan mana-mana pihak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia