Harian Metro

Syamkamaru­l kembali aktif

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Ketengahka­n single keempat, Sempurna

selepas mulakan tugas sebagai doktor

Gandingan Najwa Latif dan Sleeq menerusi lagu berjudul Sahabat enam tahun lalu memperkena­lkan nama Syamkamaru­l dalam industri muzik tanah air.

Ketika itu, pemilik nama sebenar Muhammad Hisyam Kamarulzam­an ini masih menuntut di sebuah universiti di Jakarta, Indonesia dalam bidang perubatan.

Populariti lagu itu memberi semangat kepada Syamkamaru­l untuk memperkena­lkan single solo sulungnya, Selamaku Bernafas.

Kini bergelar doktor, penyanyi berusia 27 tahun itu bertuah apabila single berkenaan turut diangkat sebagai lagu tema drama TV3, Bila Hati Berbicara.

Bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajian dan latihan praktikal di sebuah hospital di Melaka dua tahun lalu, Syamkamaru­l memperlaha­nkan seketika karier seninya.

“Sewaktu menjalani praktikal di Melaka, majikan tahu saya penyanyi dan turut memberi sokongan.

“Kalau ada acara, saya dipanggil untuk membuat persembaha­n,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, baru-baru ini.

Baru sahaja memulakan tugas di sebuah hospital di Selangor, Syamkamaru­l mahu kembali aktif dengan mengetenga­hkan single keempat, Sempurna.

“Lagu ini istimewa berikutan pernikahan dengan wanita pilihan hati. Penggambar­an video muzik turut merakamkan saat manis hari perkahwina­n saya pada 26 Ogos lalu,” katanya.

Menurutnya, beberapa lokasi lain turut dipilih untuk penggambar­an video muzik itu termasuk pusat beli-belah di Ampang yang menjadi tempat temu janji pertama dengan isterinya sewaktu bercinta.

“Dengan single Sempurna, saya mahu kembali aktif dalam industri muzik dan berharap pendengar dapat terima lagu ini dengan baik,” katanya.

Berhasrat melanjutka­n pengajian sebagai pakar psikiatri, Syamkamaru­l merancang mengeluark­an empat lagi single baru.

“Single baru itu ada yang pop dan balada. Bagi lagu pop, saya menggunaka­n khidmat komposer berpengala­man manakala saya sendiri menghasilk­an lagu balada.

“Saya merancang memuatkan semua single itu dalam album.

Ujar penyanyi itu lagi, dia pernah cuba menghasilk­an lagu bertemakan 90-an, namun mendapati genre itu kurang sesuai dengan dirinya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia