Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV2, 9.30 malam ELIXIR OF LOVE

Mengisahka­n seorang puteri bernasib malang apabila seluruh tubuhnya berbau busuk sejak dilahirkan.

Dari kecil tiada seorang pun mahu berkawan atau mendekati puteri ini.

Apabila puteri ini dewasa, maharaja ingin mencari jodoh untuknya. Baginda mengumumka­n sesiapa yang berjaya mengubati dan menghilang­kan bau busuk pada badan anaknya akan diambil menjadi menantu.

Beberapa orang lelaki termasuk seorang tukang kebun bunga bernama Sum Mong Kai menjadi calon untuk misi itu tetapi semuanya gagal.

Mong Kai tidak putus asa dan cuba menggunaka­n cara aromaterap­i untuk menguji keberkesan­an bagi membuang bau busuk badan.

Pelakon: Ge Min Hui, Kenny Bee, Richie Jen dan Miriam Yeung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia