Harian Metro

Nasib artis bersuamika­n lelaki pemalas

-

Kisah pergolakan rumah tangga artis ini pernah jadi sebutan satu masa dulu. Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih bergolak.

SS tidak pasti sejauh mana teruknya masalah itu namun yang SS dengar selama 11 tahun berkahwin artis ini tidak pernah berpeluang beraya di kampung sendiri sehinggaka­n dia mula rasa tertekan.

Sikap suami yang suka ‘meroyan’ di laman sosial juga menyebabka­n artis ini makin meluat dengan perangai lelaki itu.

Setahu SS sehingga kini artis itu masih bersama suaminya demi anak yang sedang membesar. Kagum SS dengan sikap sabarnya.

SS difahamkan suaminya juga pemalas hendak cari kerja dan mengharap artis ini untuk mencari lebih banyak tawaran berlakon.

Sabar setiap orang ada hadnya dan SS tidak hairan andai satu hari nanti artis itu bercerai dengan suaminya.

Wanita mana sanggup hidup dengan lelaki yang pemalas? Tanyalah manamana wanita, pasti pantas akan jawab tidak mahu. Tak mengapa kerja biasabiasa daripada duduk goyang kaki di rumah. Kalau mahu sesuatu main minta saja. Besar kepala ya!

SS: Suami kepala rumah tangga dan bertanggun­gjawab menyediaka­n segala keperluan anak isteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia