Harian Metro

Kesilapan ejaan ketara pada kenyataan media

-

SS kesian mendengar kisah majlis penting yang dianjurkan untuk artis popular ini.

Sudahlah acara terbabit dihadiri orang kenamaan, SS diberitahu terdapat banyak kesilapan penulisan dan ejaan dalam kenyataan akhbar yang diedarkan kepada rakan media.

Rakan SS yang menghadiri majlis terbabit berkata kenyataan akhbar itu seolah-olah diterjemah daripada bahasa Inggeris kerana terdapat beberapa ayat melucukan.

Lebih sadis, nama artis baru yang turut diumumkan pada majlis itu juga disalah eja.

Sungguh memalukan apabila nama artis terbabit terpampang di skrin projektor dan pemidang.

Hairan, takkan pihak pengurusan atau penganjur tidak menyemak tugasan kru?

Apabila jadi begini, majlis itu tampak tidak profesiona­l dan sekadar melepaskan batok di tangga.

Diharap selepas ini penganjur lebih teliti bagi mengelakka­n perkara sama berulang.

SS: Lebih baik cerewet daripada jadi bahan bualan orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia