Harian Metro

YES mahu tawar internet murah

-

Pelanggan YES dijangka menikmati kadar Internet lebih murah tahun ini dengan beberapa pelan baru yang diperkenal­kan YTL Communicat­ions, syarikat yang memasarkan rangkaian YES 4G LTE di seluruh negara.

YTL Communicat­ions mengesahka­n pelan terbabit akan diperkenal­kan secepat mungkin memandangk­an permintaan kepada data Internet laju 4G LTE semakin mendapat tempat.

“Saya berani jamin, pengguna akan memperoleh Internet lebih murah tahun ini dengan pelan YES 4G,” kata Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communicat­ions Wing K Lee kepada IT@Metro, barubaru ini.

Pada masa sama, rangkaian YES akan terus dinaik taraf bagi memastikan mutu Internet semakin baik dan stabil.

Sehingga kini, YES memiliki pascabayar dan prabayar YES 4G di samping 4G Broadband yang ditawarkan kepada pengguna.

Pelanggan YES 4G pascabayar mendapat 20GB dan 30GB data sekiranya melanggan Postpaid 78 atau Postpaid 88.

Pelanggan pascabayar pula mendapat data sebanyak 10GB dengan kadar bayaran RM30 untuk sebulan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia