Surface Laptop bulan depan
Microsoft bakal memperkenalkan Surface Laptop secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 7 Februari ini dengan harga bermula RM4,499.
Surface Laptop mempunyai spesifikasi perkomputeran yang tinggi dan mudah dibawa berikutan rekaannya ringan dan ergonomik dikuasakan sistem operasi Windows 10.
Ruang dalamnya memanfaatkan pemprosesan Intel Core i7 gen-7 terbaru dan keupayaan baterinya mampu menjangkau sehingga 14.5 jam.
Hanya seberat 1.25 kilogram (kg) dan senipis 14.5mm, ia pasti menjadi gajet pilihan kepada individu yang mahu melakukan kerja secara lebih cekap dan efisien.
Rekaan cantik, keupayaan bateri menjangkau 14.5 jam