Harian Metro

Elak cas fon cara salah

-

boleh mengakibat­kan perkara berkenaan berlaku dan cara menyelesai­kannya termasuk:

1. Bersihkan port Adakah anda selalu menyimpan peranti di dalam poket atau beg tangan? Jika ya, pastikan anda membersihk­an ruang port kerana kadangkala terdapat habuk mahupun sisa makanan yang tersekat di dalamnya. Hanya tiup atau hembuskan udara ke dalam ruang port dan ia akan kembali berfungsi seperti biasa.

2. Tukar kabel

Cara paling mudah untuk mendiagnos­is kabel yang tidak berfungsi baik adalah dengan menukarkan­nya dengan kabel yang lain. Lihat sama ada ia beroperasi seperti biasa atau sebaliknya. Dapatkan kabel baru jika anda mendapati kabel lama telah rosak.

3. Ganti bateri

Bateri tidak mampu kekal untuk tempoh yang lama dan bertahan secara maksimum sehingga dua tahun saja. Semakin kerap anda mengecas peranti, semakin singkat jangka hayatnya. Tukarkan dengan bateri baru jika ia sudah tidak berfungsi.

4. Cas daripada sumber yang betul

Mengecas daripada soket dinding lebih pantas daripada mengecas melalui PC atau komputer riba, kerana port USB komputer tidak berupaya menyalurka­n kuasa yang tinggi.

Oleh itu, pastikan anda mengecas peranti daripada sumber yang betul.

5. Kerosakkan disebabkan oleh air

Sekiranya peranti anda pernah terjatuh ke dalam air, ia mungkin akan memberi kesan kepada proses mengecas. Meskipun cara menyelesai­kan masalah ini adalah dengan menukarkan dengan bateri baru, namun, langkah yang seharusnya anda cegah pada peringkat awal adalah mengelakka­n peranti daripada terjatuh ke dalam kawasan atau bekas yang dipenuhi air.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia