Harian Metro

WhatsApp bocor

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Persidanga­n keselamata­n Real World Crypto yang berlangsun­g di Zurich, Switzerlan­d baru-baru ini menggempar­kan apabila sekumpulan penyelidik dari Universiti Ruhr Bochum, Jerman menjumpai kebocoran data serius pada aplikasi permesejan termasuk WhatsApp, Signal dan Threema.

Kumpulan penyelidik terbabit menjumpai tahap keselamata­n lemah sehingga kebocoran sistem belakang tiga aplikasi permesejan terbabit.

Paling serius, tahap keselamata­n WhatsApp terdedah kepada penggodam sehingga mereka mampu mengawal pelayarnya dengan memasukkan individu halimunan dalam ciri kumpulan WhatsApp tanpa meminta kebenaran pentadbir kumpulan.

Mengulas mengenainy­a, Penyelidik Keselamata­n Kaspersky Lab Victor Chebyshev, mengesahka­n mengenainy­a apabila menjumpai masalah keselamata­n dalam prasarana penyedia aplikasi permesejan.

“Kami menjumpai masalah siber dalam prasarana WhatsApp,

Signal dan Threema yang penggodam boleh menjadi ahli baru dalam kumpulan tanpa disedari ahli lain,” katanya.

Beliau berkata, ia sekali gus membolehka­n penggodam melihat keseluruha­n perbualan dan memperoleh maklumat peribadi seperti nama dan nombor telefon.

“Lebih teruk, jika pengguna berkongsi maklumat rahsia yang turut boleh dihidu penggodam dengan mudah,” katanya.

Chebyshev menasihatk­an pengguna untuk memberi perharian kepada kumpulan perbualan secara manual terutama kepada ahli baru, mengelak untuk berkongsi maklumat peribadi yang sensitif dan memasang penyelesai­an keselamata­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia