Harian Metro

DingTalk masuk Malaysia

-

Platform komunikasi hak milik Alibaba Group (Alibaba), DingTalk melancarka­n versi bahasa Inggeris untuk menambah baik komunikasi dengan menawarkan kemudahan kerjasama bagi industri kecil dan sederhana.

Ketua Pegawai Teknologi DingTalk Hugo Zhu berkata Malaysia menjadi pasaran pertama syarikat ini yang tumpuan mereka adalah membina landasan sokongan yang diperlukan bagi syarikat yang berhasrat melaksanak­an perubahan ketara dalam komunikasi perniagaan masing-masing.

“Kami sedang membina rangkaian perkhidmat­an tempatan dan pasukan sokongan operasi.

“Matlamatny­a untuk memastikan syarikat korporat dan perusahaan di Malaysia mendapat sokongan yang diperlukan untuk mengoptimu­mkan usaha komunikasi dan kerjasama masing-masing,” katanya.

Dilengkapi teknologi terkini, DingTalk ialah platform serba maju yang menyediaka­n landasan ringkas, cekap dan selamat kepada IKS boleh didapati sekarang menerusi sistem operasi iOS, Android, Mac dan Windows.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia