Harian Metro

BENDA PENTING PERLU DIBAWA

-

5 barang untuk keselamata­n, keselesaan dan kemudahan di tempat orang

berjalan jauh, plaster atau ‘handyplast’ sangat penting. Dua benda ini boleh didapatkan di manamana farmasi. Disebabkan ia ringan, penulis sendiri sering membawa sekurangku­rangnya 10 keping dan diselitkan di mana-mana ruang beg.

Dalam perjalanan yang jauh atau keadaan jalan tidak selesa membuatkan kita boleh mual atau ‘mabuk’. Apa lagi bagi anda yang sukakan aktiviti luar seperti berkhemah dan mendaki. Minyak angin adalah penyelamat. Pilih botol bersaiz kecil bagi menjimatka­n ruang dan mengurangk­an beban beg. Selain mampu melegakan kekejangan otot, mual, minyak angin juga mampu menghalau nyamuk. Jangan tak tahu!

Tidak semua tandas di negara luar menyediaka­n paip air seperti di negara sendiri. Jepun, China dan Amerika Syarikat antara negara yang sukar untuk kita menemui air dalam tandasnya.

Oleh itu, tisu basah ini banyak kegunaanny­a. Bukan hanya untuk ke tandas tetapi boleh mencuci tangan selepas makan atau mengelap muka apabila diperlukan. Jangan raguragu untuk membawa lebih kerana pasti akan habis sebelum anda pulang ke tanah air.

Selain itu, anda juga boleh membawa botol air minuman yang kecil untuk diisi air sebelum masuk ke tandas. Ia juga langkah praktikal bagi yang tidak selesa membersihk­an bahagian intim hanya dengan tisu basah!

Beli jenis pakai buang kerana ia nipis dan mudah untuk ‘disumbat’ dalam beg selain mudah didapati di kedai serbaneka.

Hujan adalah hal yang tidak dapat kita ramalkan. Jadi, untuk mengelakka­n ia mengganggu perjalanan kita kerana terpaksa menunggu hingga reda, beli satu untuk persediaan.

Jangan disebabkan faktor cuaca tidak dijangka merosakkan ‘mood’ anda untuk bergembira. Jalan penyelesai­annya, beli satu dan simpan jika diperlukan kelak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia