Harian Metro

Geek Fam Sudah Bersedia

- Hazril Md Nor Gen.y@hmetro.com.my

Bawa harapan negara dalam kejohanan Asia Pacific Predator League 20

Permulaan tahun baru menyaksika­n peningkata­n dalam penganjura­n e-sukan terutama Dota 2 di rantau Asia Tenggara.

Tidak cukup dengan acara Malaysia Cyber Games 2018 dan ESL One Genting di Malaysia yang akan dilangsung­kan, wakil negara, Geek Fam melebarkan sayap ke Indonesia bagi menyertai satu kejohanan berprestij di sana pada 19 Januari ini (esok).

Kejohanan Asia Pacific Predator League 2018 itu mengumpulk­an pasukan terbaik dari lapan negara iaitu Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Singapura, Hong Kong, India dan Sri Lanka yang berentap untuk merebut hadiah wang tunai AS$150,000 (RM593,610).

Geek Fam berjaya melepasi pusingan kelayakan di Malaysia dan kini bersedia menghadapi pusingan akhir di Jakarta, Indonesia.

Pengurus Geek Fam Wong Kok Wheng berkata, pihaknya menyasarka­n tempat pertama untuk kejohanan kali ini.

“Sejak mereka berlima berada dalam satu pasukan, saya boleh rasakan keakraban dan keserasian antara satu sama lain.

 ??  ??
 ??  ?? GEEK Fam berentap di kelayakan Acer Asia Pacific Predator League di Malaysia.
GEEK Fam berentap di kelayakan Acer Asia Pacific Predator League di Malaysia.
 ??  ?? POSTER Asia Pasific Predator League.
POSTER Asia Pasific Predator League.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia