Harian Metro

Pengguna kanta sentuh tak boleh malas

-

Ada yang memakainya untuk bergaya tetapi ada juga menggunaka­nnya bagi memenuhi keperluan diri sebagai pengganti kaca mata.

Bukan wanita saja ghairah memakai kanta lekap tetapi semakin ramai lelaki selesa dengannya apatah lagi bagi yang suka bergaya dan tidak mahu aktiviti harian tersekat kerana kaca mata.

Ramai yang memilih memakainya atas faktor mudah namun tidak terkecuali ada juga yang memakai sekadar suka-suka mengikut perkembang­an semasa.

Apatah lagi kini dengan adanya lambakan pelbagai jenama kanta sentuh di pasaran memberi lebih banyak pilihan kepada penggunany­a selain ia turut disediakan dalam beraneka warna yang sering menarik minat wanita untuk menggayaka­nnya atas tujuan kecantikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia