Harian Metro

Bukan pengalaman mudah

-

Atas faktor itu, setiap wanita yang hamil perlu memantau perkembang­an saiz dan berat janin sepanjang kehamilan bagi memastikan langkah tepat dapat dilakukan sekiranya mengesan sebarang kemungkina­n.

Tidak semua kelahiran yang melebihi empat kilogram itu bakal mengalami masalah. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, setiap wanita perlu mendapatka­n pemeriksaa­n dan pemantauan rapi berkaitan tahap kesihatan serta perkembang­an bayi itu sebelum dan selepas kelahiran.

Menurut Hafizati Aziz, pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertamanya Hud Anaqi Mohd Ismail Hafiz yang kini berusia 10 bulan adalah pengalaman tidak dapat dilupakan.

“Anak saya dilahirkan dengan berat 4.02kg dan panjang 57 sentimeter secara normal ketika kandungan mencecah 40 minggu. Saiz itu hampir menyamai bayi yang sudah berusia sebulan. Ternyata ia bukanlah pengalaman mudah untuk melahirkan bayi dalam saiz itu namun saya bersyukur kerana berjaya melaluinya.

“Memang agak terkejut dengan saiz Hud Anaqi kerana sepanjang pemeriksaa­n rutin kandungan setiap bulan, saiz anak tidaklah besar dan dua hari sebelum dilahirkan saya turut menjalani pemeriksaa­n namun beratnya hanya 3.2kg. Entah bila dia membesar sehingga jadi begitu,” katanya sambil ketawa.

Dalam soal makan, Hafizati mengakui seleranya sentiasa terbuka sepanjang kehamilan. Semuanya nampak sedap dan ingin dicuba. Jadi tidak hairanlah berat badannya naik mendadak sehingga melebihi berat yang sepatutnya.

“Disebabkan berat badan naik mendadak, saya perlu menjalani pemeriksaa­n rutin dua minggu sekali namun syukur saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sepanjang kehamilan.

“Bayi dalam kandungan juga membesar secara normal mengikut graf

Hafizati bersyukur melahirkan bayinya secara normal walaupun bersaiz besar

perkembang­annya dan saya hanya mengambil Obimin yang diberikan klinik kesihatan selain mengamalka­n minum susu kambing setiap hari,” ujarnya.

Menurut Hafizati, dia juga bersyukur kerana dapat melahirkan bayinya secara normal walaupun bersaiz besar.

“Tipulah jika saya katakan proses melahirkan­nya mudah kerana saiz badannya yang agak besar tetapi syukur segalanya berjalan lancar.

“Saya diberitahu terpaksa menerima jahitan yang agak banyak tetapi kini semuanya sudah sembuh dan anak juga membesar dengan sihat,” katanya.

Katanya, saiz anaknya juga berkemungk­inan mengikut genetik keluarga suaminya yang kebanyakan­nya dilahirkan dalam saiz yang besar.

“Suami dilahirkan dengan berat empat kilogram, begitu juga dengan adik-beradiknya yang lain. Jadi tradisi keluarga rupanya. Bagaimanap­un, saya tidak mengambil sebarang vitamin atau makanan tambahan lain ketika hamil kecuali yang diberikan doktor.

“Kini ketika berusia 10 bulan, Hud Anaqi sudah mencapai berat 11 kilogram dan syukur dia membesar dengan baik tanpa sebarang masalah,” katanya.

Menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi Kementeria­n

 ??  ?? HUD Anaqi dilahirkan secara normal dengan berat 4.02kg
dan panjang 57cm.
HUD Anaqi dilahirkan secara normal dengan berat 4.02kg dan panjang 57cm.
 ??  ?? HAFIZATI bersama Hud Anaqi dan suami.
HAFIZATI bersama Hud Anaqi dan suami.
 ??  ?? HUD Anaqi membesar dengan sihat dan kini berusia 10 bulan.
HUD Anaqi membesar dengan sihat dan kini berusia 10 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia