Harian Metro

Nyaris buta dek kanta sentuh

-

Namun, pemakaian kanta sentuh ini pada hakikatnya memerlukan penjagaan yang jauh lebih rapi berbanding kaca mata bagi memastikan mata tidak rosak atau mendapat pelbagai jangkitan yang berbahaya.

Berkongsi pengalaman pahit menggunaka­n kanta sentuh, Nurzatil

Ismah berkata, dia pernah berdepan masalah menakutkan kerana tidak menanggalk­an kanta sentuh sebelum tidur.

“Satu pengajaran penting yang saya dapat daripada pengalaman lalu ialah jika mahu memakai kanta sentuh, kita tidak boleh malas. Mesti patuhi semua saranan penjagaan seperti diarahkan pengeluar kanta sentuh.

“Saya masih ingat pada 2011, saya hampir buta kerana tidak membuka kanta sentuh ketika tidur petang. Apabila bangun dari tidur, saya rasa panik kerana kelopak mata melekat dan tidak boleh buka mata. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Rakan serumah segera membawa saya ke klinik untuk mendapatka­n rawatan.

“Ketika itu mata saya tidak sakit tetapi ia tidak boleh dibuka, namun sepanjang masa sebelum

Acanthamoe­ba adalah antara protozoa hidup bebas yang tersebar luas di pelbagai persekitar­an air, tanah, udara, habuk dan debu di sekitar manusia.

Parasit ini boleh wujud dalam dua peringkat hidup iaitu trofozoit dan sista yang boleh menyebabka­n penyakit mata dipanggil keratitis Acanthamoe­ba apabila ia menjangkit­i lapisan kornea.

Kajian epidemiolo­gi keratitis Acanthamoe­ba di beberapa negara menunjukka­n lebih 80 peratus penyakit ini membabitka­n pemakai kanta sentuh.

Menurut Pensyarah Kanan Institut Farmakogen­omiks Integratif (iPROMISE), Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam Dr Tengku Shahrul Anuar Tengku Ahmad Basri, kes pertama keratitis di Malaysia dilaporkan pada 1995 yang berlaku pada wanita memakai kanta sentuh untuk satu tempoh lama menyebabka­n kecederaan pada korneanya.

Menurutnya, parasit itu boleh menyebabka­n jangkitan pada mata - Mata merah - Mata berair

- Mata jadi sensitif terhadap cahaya - Pandangan kabur - Terasa seperti ada sesuatu pada mata

- Pemakai digalakkan menukar kanta sentuh mengikut tempoh yang disyorkan dan tidak memakai kanta sentuh yang sudah tamat tempoh.

- Bekas simpanan kanta sentuh juga perlu ditukar secara kerap dan ia hendaklah dicuci sekurang-kurangnya sekali setiap minggu dengan menggunaka­n pencuci kanta sentuh dan berus kecil.

- Pemakaian kanta sentuh ketika berenang di laut atau di kolam renang amat tidak digalakkan.

- Oleh kerana larutan salin tidak mempunyai kuasa disinfeksi, ia hanya boleh digunakan untuk membilas dan bukan merendam kanta sentuh.

- Menggunaka­n larutan salin yang dibuka lebih daripada 30 hari tidak digalakkan.

- Elakkan daripada menggunaka­n air paip untuk mencuci bekas kanta sentuh. -Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? NURZATIL
pernah mengalami masalah akibat
tidak tanggalkan kanta sentuh. Apabila bangun dari tidur, saya rasa panik kerana kelopak mata melekat dan tidak boleh buka mata
NURZATIL pernah mengalami masalah akibat tidak tanggalkan kanta sentuh. Apabila bangun dari tidur, saya rasa panik kerana kelopak mata melekat dan tidak boleh buka mata
 ??  ?? PEMAKAI kanta sentuh perlu lebih peka, rajin dan mementingk­an kebersihan.
PEMAKAI kanta sentuh perlu lebih peka, rajin dan mementingk­an kebersihan.
 ??  ?? DR Tengku Shahrul Anuar
DR Tengku Shahrul Anuar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia