Harian Metro

Jangan buat sambil lewa

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Selesema, demam dan cirit-birit antara penyakit sangat mudah berjangkit dan diketahui boleh merebak melalui sentuhan tangan.

Membasuh tangan antara cara paling mudah dan murah untuk mengelak penyebaran bakteria dan amat penting ibu bapa menggalakk­an anak kecil mencuci tangan dengan cara betul.

Tabiat membasuh tangan secara kerap dapat membantu kita dan orang sekeliling daripada dijangkiti kuman dengan mengawal penyebaran kuman dan mengekalka­n persekitar­an yang sihat.

Ada langkah membasuh tangan dengan betul yang seandainya diamalkan dengan kerap dapat membantu mengurangk­an penyebaran kuman penyebab penyakit.

Kadangkala lucu juga apabila memikirkan banyaknya kempen pendidikan dijalankan hanya untuk mengajar penduduk mencuci tangan, sedangkan ia sudah diajar sejak kecil. Bukan masyarakat kita tidak tahu, tetapi oleh kerana ia amalan biasa yang dibuat setiap hari, ramai yang mengambil mudah hingga ada masanya terlupa beberapa aspek penting.

Atas sebab inilah juga, ilmu mencuci tangan yang diturunkan kepada anak menjadi tidak lengkap atau banyak kekurangan­nya.

Ketua Virologi dan Pengujian Disinfekta­n Labor Prof G Enders & Partner, Jerman Dr Maren Eggers mengambil kesempatan menunjukka­n langkah membasuh tangan yang betul menggunaka­n pembersih kulit antiseptik Betadine.

 ??  ?? Langkah 2 - Gunakan sabun secukupnya hingga meliputi seluruh permukaan tangan.
Langkah 3 - Gosok kedua-dua tapak tangan antara satu sama lain.
Langkah 4 - Letak tangan kanan di atas belakang tangan kiri dengan memasukkan jari tangan kanan di celah...
Langkah 2 - Gunakan sabun secukupnya hingga meliputi seluruh permukaan tangan. Langkah 3 - Gosok kedua-dua tapak tangan antara satu sama lain. Langkah 4 - Letak tangan kanan di atas belakang tangan kiri dengan memasukkan jari tangan kanan di celah...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia