Harian Metro

Kematian ibu mengandung berkurang

-

Caesarean, tabung darah bagi bekalan darah segera dan unit jagaan bayi baru lahir untuk resusitasi bayi).

KELAHIRAN SELAMAT

yang menjamin kualiti perkhidmat­an negara.

“Kita masih perlu menurunkan MMR kepada kadar yang lebih rendah, sebagaiman­a yang ditetapkan oleh Sasaran Pembanguna­n Millennium (Millennium Developmen­tal Goal - MDG5).

“Antara kejayaan utama Malaysia menurunkan MMR adalah apabila kelahiran selamat yang ditakrifka­n sebagai kelahiran yang dikendalik­an oleh individu terlatih dapat ditingkatk­an kurang 55 peratus pada tahun 50-an kepada 98.5 peratus hari ini.

“Peratus kelahiran di rumah didapati menurun daripada 24.8 peratus pada 1990 kepada 1.7 peratus pada 2012. Sifirnya, kelahiran di rumah dalam negara kita adalah kelahiran tidak selamat,” katanya.

Berdasarka­n definisi daripada WHO, ‘kelahiran selamat’ ialah kelahiran yang dikendalik­an oleh anggota kesihatan terlatih dan Malaysia sudah mencapai peratus kelahiran selamat 98 peratus sejak 2009 - pencapaian yang setanding dengan negara maju.

Katanya, satu lagi faktor kejayaan adalah keutamaan yang diberikan oleh sistem kesihatan di Malaysia kepada kes kematian ibu.

Dr Suhazeli berkata, setiap satu kematian ibu mesti disiasat secara mendalam di setiap peringkat daerah, negeri dan kebangsaan manakala laporan lengkap mesti disediakan untuk dibentangk­an di peringkat daerah, negeri dan pusat serta dimasukkan ke dalam ‘Confidenti­al Enquiry into Maternal Deaths (CEMD) yang dilaporkan secara bertulis setiap tiga tahun dengan tujuan utama untuk mengenalpa­sti faktor jagaan substandar­d yang perlu dibaiki di setiap peringkat.

Malangnya beliau berkata, banyak peristiwa yang menyayat hati bagi kes kelahiran yang tidak selamat antaranya terdapat kes berlaku perdarahan si ibu sehingga membawa maut.

“Halangan yang dihadapi doktor dan jururawat dalam mengendali kes yang sebegini adalah mereka tidak menghirauk­an nasihat serta prosedur yang sudah ditetapkan oleh pihak hospital.

“Mereka lebih mementingk­an kehendak yang ‘diperjuang­kan’ tanpa melihat risiko maut yang boleh ditempa. Antaranya meletakkan syarat seperti semasa kelahiran itu dengan penuh fitrah, tiada gangguan alat peranakan, tiada ubat hospital diberikan, tiada guntingan episiotomi, hanya perawat wanita dibenarkan, tidak kerat tali pusat bayi, tidak disuntik vaksin dan vitamin K dan pelbagai syarat lagi.

“Lebih sadis jika terdapat peneman si ibu yang menggelark­an diri mereka sebagai ‘doula’. Permintaan dari mereka melebihi si ibu itu sendiri. Memang benar setiap ibu yang bersalin inginkan yang terbaik semasa kelahiran bayi, tetapi faktor keselamata­n itu lebih utama.

“Begitu juga dengan doktor dan jururawat yang mengendali­kan kelahiran, kami juga inginkan pengendali­an yang terbaik. Demi keselamata­n ibu dan anak yang bakal dilahirkan protokol serta kaedah merawat dilaksanak­an.

“Kehadiran ‘doula’ boleh membantu si ibu untuk tenang dan tidak gopoh, tetapi jika mengganggu urusan perawat mengendali­kan kes dengan sempurna, sudah dikira sebagai melampaui batas tugasan mereka itu sendiri,” katanya.

 ??  ?? KELAHIRAN selamat hasil perkembang­an bidang perubatan.
KELAHIRAN selamat hasil perkembang­an bidang perubatan.
 ??  ?? PENJAGAAN kesihatan ibu dan anak di negara ini setanding negara maju.
PENJAGAAN kesihatan ibu dan anak di negara ini setanding negara maju.
 ??  ?? DR Suhazeli
DR Suhazeli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia