Harian Metro

Bersenam sambil berbaring

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Ramai yang memberi alasan klise seperti kekurangan masa untuk melakukan senaman walaupun sekurangku­rangnya dua kali dalam seminggu.

Ada pula menyatakan tidak tahu langkah tepat untuk bersenam walhal terdapat pelbagai jenis langkah mudah yang ditunjukka­n di akhbar, majalah mahupun Internet sejak sekian lama.

Hakikatnya, alasan diberikan itu tidak boleh diterima kerana kunci utama kesihatan adalah penjagaan pola makanan serta senaman secara rutin.

Antara senaman yang paling mudah ialah berjalan pantas atau berlari, mengikut kemampuan diri. Jika tidak mahu keluar rumah, anda masih boleh bersenam di ruang tamu dengan berjalan setempat atau menggoyang­kan badan mengikut rentak lagu. Tidak mengapa jika langkah tarian anda sumbang, asalkan menari menggerakk­an badan.

Bahkan senaman juga boleh dilakukan sambil berbaring selepas anda bangun tidur pada waktu pagi. Ia ternyata langkah paling mudah dan sesuai untuk manamana individu yang sering memberi alasan tidak mempunyai masa atau tidak sempat ke pusat kecergasan.

Dengan hanya berbaring sama ada di atas katil mahupun lantai yang diletakkan pelapik, senaman ini amat sesuai dilakukan lelaki mahupun wanita untuk mendapatka­n perut, paha serta kaki yang cantik.

Menurut jurulatih kecergasan bertauliah Nurina Mohamad, dengan cara berbaring dan menggerakk­an otot kaki ke atas, ke kiri dan ke kanan, ia antara langkah senaman paling mudah.

“Walaupun nampak mudah namun ia amat baik untuk penjagaan perut, paha dan kaki. Ia juga membantu melancarka­n peredaran darah.

“Ambil masa kirakira 20 minit selepas bangun dari tidur atau ketika mempunyai masa terluang dan anda hanya perlu berbaring untuk melakukan senaman mudah. Malah ia boleh dilakukan sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda,” katanya.

Katanya, dengan mengamalka­n senaman dengan cara berbaring ini secara konsisten, ia akan memberi ton kepada otot bahagian abdomen yang secara tidak langsung dapat membantu mengempisk­an perut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia