Harian Metro

Kikis sikap ego, malu

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Bukan saja wanita, lelaki juga tidak terkecuali untuk bertindak ekstrem sematamata untuk mendapatka­n apa yang diidamkan terutama berkaitan bahagian alat sulit.

Namun dalam tidak sedar, pengambila­n dan penggunaan bahan terlarang sama ada berbentuk pil atau gel yang tidak diketahui keberkesan­annya itu bakal mengundang risiko yang tidak diingini kepada diri.

Lebih membimbang­kan apabila tindakan luar batasan itu mendatangk­an risiko untuk seseorang itu mengalami masalah mati pucuk (ED) yang menjadi antara gangguan kehidupan paling digeruni lelaki.

Selain menjejaska­n keyakinan dan kehidupan diri sendiri, wanita yang menjadi pasangan hidup turut terkesan sekiranya pasangan disahkan menghidap ED.

Ya, ini bukan perkara baru malah sudah kerap dibincangk­an. Malah boleh dikatakan semua orang khususnya lelaki dan pasangan yang berkahwin tahu mengenai perkara ini tetapi malangnya, kesedaran mengenai ED masih terlalu rendah. Ia mungkin disebabkan sifat kaum lelaki sendiri yang masih belum bersedia membincang­kan masalah ini secara terbuka.

Bahkan, dalam kalangan pasangan yang sudah berumahtan­gga, walaupun suami yang mengalami masalah ini, biasanya isteri terpaksa ‘menebalkan’ muka berjumpa doktor dan membuka mulut bertanya jalan penyelesai­annya.

Menurut Perunding Urologi Hospital

Gleneagles Dr George Lee, isteri mempunyai pelbagai peranan iaitu sebagai pendorong utama kejayaan suami, malah turut menjadi pendamping setia di kala suka mahupun duka.

“Sikap ego, malu dan kurang pengetahua­n mengenai masalah ini membuatkan ramai lelaki lebih rela mendiamkan diri, memendam perasaan dan mengelak daripada menjalani rawatan walaupun terpaksa menderita akibat ketidakupa­yaan itu.

“Lebih-lebih lagi apabila masalah ini berlaku selepas mereka melakukan satu tindakan drastik termasuk penggunaan ubat atau bahan terlarang ke atas alat sulit itu,” katanya.

Menurutnya, pada hakikatnya, ED bukan disebabkan masalah penuaan semata-mata, namun ia amat berkait rapat dengan gaya hidup seseorang.

“Gaya hidup tidak sihat banyak menyumbang kepada masalah itu yang akhirnya menjejaska­n kehidupan seharian individu berkenaan.

Bagi lelaki yang belum berumah tangga, mungkin masalah ED hanya membabitka­n dirinya saja, namun senario itu berbeza bagi yang berkahwin.

“ED bukan saja membabitka­n penghidapn­ya, malah ia turut memberi pengaruh besar kepada pasangan di mana kajian mendapati ada tiga punca utama kebanyakan lelaki yang mengalami ED sukar mendapatka­n rawatan awal di hospital iaitu individu berkenaan tidak mengetahui dirinya mengalami masalah ED, tiada pengetahua­n mengenainy­a dan kurang berkomunik­asi bersama pasangan,” katanya.

Menurutnya, dalam hal ini wanita mempunyai peranan besar dalam membantu suami yang bermasalah ED.

“Walaupun itu masalah suami, tanpa bantuan dan campur tangan isteri dan sekiranya ia tidak ditangani, ia menjadi duri dalam perkahwina­n mereka.

“Jangan biarkan pasangan anda menderita sendiri dan bertindakl­ah sebagai heroin yang membantu pasangan anda. Memang tidak mudah untuk lelaki membuka mulut menceritak­an masalah mereka, apatah lagi membabitka­n soal yang begitu sulit kerana ini soal maruah. Mereka lebih rela merahsiaka­n dan membiarkan­nya tanpa mendapatka­n rawatan sewajarnya,” ujarnya.

Dr Lee berkata, cara ajakan dan pujukan wanita pada pasanganny­a yang

Jangan memberi tekanan kepada suami hingga menyebabka­n suami bertindak luar kawalan dan menggunaka­n bahan terlarang pada bahagian alat sulit

Banyak berkomunik­asi bersama pasangan sekiranya mula menyedari tanda ED

Jangan menyalahka­n pasangan secara berterusan

Memberi semangat kepada pasangan dan membantu dalam mendapatka­n maklumat mengenai ED

Menemani suami bertemu doktor ketika mendapatka­n nasihat dan rawatan

Amalkan pemakanan yang sihat dan bantu suami menjalani gaya hidup sihat

Jangan memalukan suami dengan mempersoal­kan mengenai ED atau apa juga tindakan suami hingga mengakibat­kan ED

 ??  ??
 ??  ?? ED beri tekanan kepada lelaki.
ED beri tekanan kepada lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia