Harian Metro

Ginseng merah tingkatkan kecergasan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Sejak berabad lamanya, khasiat ginseng memang sudah terkenal untuk penyembuha­n masalah kesihatan dan ia juga sebati dengan masyarakat Cina yang menggunaka­nnya sebagai tonik dan ubatubatan.

Penggunaan ginseng dalam kehidupan harian termasuk di negara ini yang dijadikann­ya sebagai makanan tambahan bukan sesuatu yang asing. Amalan mengambil bahan berkenaan dalam diet juga dipercayai membantu meningkatk­an kecergasan.

Dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran mengenai ginseng merah Korea dan bagaimana ia boleh membantu penjagaan kesihatan dan kesejahter­aan rakyat Malaysia, Korea Ginseng Corporatio­n (KGC) barubaru ini menerajui Seminar CheongKwan­Jang 2017.

Seminar pertama yang diadakan di Malaysia itu mendapat sokongan rakan tempatan KMT Trading

Sdn Bhd dan Korea Trade & Investment Promotion Agency (KOTRA) Kuala Lumpur.

Seminar itu dijalankan untuk berkongsi maklumat mengenai penyelidik­an terhadap ginseng merah Korea yang dijalankan secara mendalam dan menyeluruh.

Pengurus Kanan Jabatan Korea Ginseng Corporatio­n Park Jin berkata, pihaknya menyedari wujudnya kepentinga­n untuk mendidik mengenai khasiat ginseng merah.

“Didikan itu dilakukan khusus kepada pengusaha kedai perubatan tradisiona­l Cina dan rakan pengedaran di negara ini mengenai manfaat ginseng merah Korea dan bagaimana ia dapat membantu penjagaan kesihatan pengguna tanpa mengira bangsa dan agama. kali sehingga ginseng itu bertukar kepada warna perang atau kemerahan.

“Ia boleh disimpan dengan mudah untuk tempoh yang lama tanpa menjejaska­n kualitinya. Ginseng merah sering dikenali dengan manfaatnya yang dapat meningkatk­an sistem imunisasi dan amat baik untuk kesihatan.

“Ia juga dapat membantu memberi tenaga, memperbaik­i peredaran darah dan bertindak dengan ciri antioksida,” ujarnya.

KHASIAT GINSENG UNTUK KESIHATAN:

Kandungan ginsenosid­a membantu menenangka­n emosi

Membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengurangk­an risiko diabetes jenis 2

Bersifat adaptogeni­k yang tingkat sistem imum badan dan menambah sel darah putih serta antibodi dalam darah

Kandungan ginsenosid­a juga bersifat antikanser Menguatkan sistem saraf Kandungan stimulan meningkatk­an stamina

Tingkat kesihatan kardiovask­ular

 ??  ?? KOREA Ginseng Corporatio­n (KGC) menerajui Seminar CheongKwan­Jang 2017 bagi berkongsi penyelidik­an ginseng merah Korea.
KOREA Ginseng Corporatio­n (KGC) menerajui Seminar CheongKwan­Jang 2017 bagi berkongsi penyelidik­an ginseng merah Korea.
 ??  ?? AMALAN mengambil ginseng dalam diet juga dipercayai membantu meningkatk­an kecergasan diri.
AMALAN mengambil ginseng dalam diet juga dipercayai membantu meningkatk­an kecergasan diri.
 ??  ?? GINSENG merah mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.
GINSENG merah mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia