Harian Metro

Campak bom petrol di stesen minyak

-

Kota Samarahan: Polis memburu empat lelaki ‘misteri’ yang membaling molotov koktel di sebuah stesen minyak di Jalan Kuching-Kota Samarahan, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, pihak polis sudah menerima aduan daripada pemilik stesen minyak itu dalam usaha menjejaki suspek terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superinten­dan Lee

Chong Chern berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian jam 11.02 pagi semalam.

Menurutnya, perbuatan khianat berkenaan dipercayai dilakukan empat lelaki yang menaiki dua motosikal sekitar jam 12.05 tengah malam.

“Suspek membaling bom petrol atau molotov koktel ke salah satu pam minyak di stesen minyak itu, namun kebakaran berjaya dipadam kakitangan stesen minyak berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, polis masih mengumpul maklumat berhubung kejadian dan sedang memburu penjenayah terbabit.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 12.07 tengah malam.

 ??  ??
 ??  ?? SALAH satu pam minyak yang terbakar akibat dibaling molotov koktel.
SALAH satu pam minyak yang terbakar akibat dibaling molotov koktel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia