Harian Metro

LARI CUKAI

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Isytihar minuman keras sebagai cecair pencuci. Itu antara taktik penyeludup yang dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah selepas berjaya mematahkan tiga sindiket penyeludup­an minuman keras dan rokok, awal bulan ini.

Dalam tiga serbuan berasingan itu, JKDM berjaya merampas minuman keras dan rokok dianggarka­n bernilai lebih RM10 juta termasuk cukai.

Timbalan

Ketua Pengarah

Kastam (Bahagian Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata, serbuan pertama dilakukan di Taman Kasigui 3, Penampang pada 8 Januari lalu dan pihaknya berjaya merampas 1,076 karton minuman keras yang disembunyi­kan di dalam lori.

Katanya, hasil pemeriksaa­n mendapati semua minuman itu tidak mempunyai setem cukai dan bukti pembayaran cukai serta tiada label asal pengilang.

“Serbuan kedua dilakukan di Pelabuhan Sepanggar 12 Januari lalu membabitka­n dua kontena yang baru tiba dari Singapura dan diisytihar­kan membawa cecair pencuci.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n mendapati kedua-dua kontena itu sebenarnya membawa muatan minuman keras jenama Tiger,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia