Harian Metro

Polis nafi budak 11 tahun diculik

-

Polis menafikan berlaku kejadian cubaan culik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang tular di aplikasi WhatsApp sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superinten­dan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, berdasarka­n siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa, kejadian itu berpunca daripada salah faham.

Menurutnya, hasil siasatan yang dijalankan juga mendapati kejadian berkenaan tidak benar, sebaliknya hanya direka oleh kanak-kanak terbabit.

Katanya, berdasarka­n pengakuan murid tahun lima itu, pihaknya percaya kanak-kanak terbabit berbuat demikian untuk menarik perhatian keluarga tanpa memikirkan kesan perbuatann­ya terhadap masyarakat.

“Sehubungan itu, masyarakat terutamany­a di daerah ini dinasihatk­an supaya tidak bimbang dengan kejadian cubaan culik yang dilaporkan berlaku pada Isnin lalu.

Kes itu hanyalah salah faham,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia