Harian Metro

Penagih dadah tak serik ditahan semula

-

Beaufort: Seorang lelaki yang pernah ditahan kerana terbabit dalam penyalahgu­naan dadah antara 13 penagih ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di tujuh kampung sekitar Beaufort dan Papar, semalam.

Dalam serbuan Ops Cegah Siri-1 bermula jam 9.30 malam kelmarin hingga 2 pagi semalam, semua individu ditahan berusia antara 22 hingga 50 tahun selepas didapati terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

Ketua Pegawai AADK Beaufort Effanehwat­i Lakat berkata, operasi dijalankan di Kampung Benoni, Kampung Kawang, Kampung Buang Sayang, Taman Buang Sayang, Kampung Saga-Saga dan Kampung Pimping berdasarka­n risikan hasil maklumat awam.

“Dalam operasi itu, kami menahan 15 individu disyaki penagih dadah dan ujian saringan awal air kencing mendapati 13 daripada mereka positif dadah jenis methamphet­amin atau syabu.

“Seorang suspek yang ditahan pernah menjalani pengawasan AADK sejak beberapa tahun lalu, tetapi masih menagih dadah,” katanya.

Katanya, ketika operasi, seorang penagih bertindak agresif menyebabka­n berlaku pergelutan, namun keadaan berjaya dikawal.

“Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membantera­s kegiatan penyalahgu­naan dadah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgu­naan dadah boleh menghubung­i AADK Beaufort di talian 087-222667 atau tampil di mana-mana pejabat AADK berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? ANTARA penagih dadah yang ditahan AADK di tujuh kampung sekitar Beaufort dan Papar.
ANTARA penagih dadah yang ditahan AADK di tujuh kampung sekitar Beaufort dan Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia