Harian Metro

Perintah berkurung dilanjut

-

Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) kini memasuki fasa ke-81 apabila dilanjutka­n bermula hari ini hingga 2 Februari depan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, lanjutan itu dilaksanak­an selepas pelaksanaa­n perintah berkurung sebelum ini tamat semalam.

Beliau berkata, perintah berkurung itu berkuat kuasa mengikut Seksyen 31(1)

Akta Polis 1967 dan Seksyen 31(4) akta yang sama.

“Perintah berkurung ini dilanjutka­n bagi memastikan kawasan perairan tidak dicerobohi pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa dan pelancong luar negara yang melawat pusat peranginan di negeri ini.

“Maklumat mendedahka­n kumpulan yang kerap melakukan kegiatan culik untuk tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh masuk untuk penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, perintah berkurung meliputi kawasan sama iaitu perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran akan dikuatkuas­akan bermula jam 6 petang hingga 6 pagi keesokkann­ya, setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia