Harian Metro

Pasang 120 lampu jalan Tanah runtuh belakang dapur

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Kebimbanga­n penduduk sekitar Jalan Landeh, di sini, berikutan keadaan jalan gelap pada waktu malam bakal berakhir apabila Sarawak Energy Berhad (SEB) memasang lampu jalan di laluan itu sejak awal bulan ini.

Pemasangan lampu jalan itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk di Kampung Betong, Kampung Paya Mebi, Kampung Landeh, Kampung Sebuak dan Taman Landeh.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata, projek itu membabitka­n pemasangan 120 lampu jalan yang dipasang di laluan empat kilometer berkenaan.

“Projek pemasangan lampu jalan itu menerima peruntukan daripada kerajaan negeri dengan kos RM500,000 dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang sambutan Tahun Baru Cina nanti,” katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak projek itu, semalam.

Menurutnya, projek lampu jalan itu dijanjikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari

Abang Openg ketika pilihan raya negeri yang lalu semasa beliau masih memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabka­n 21 keluarga di Rumah Panjang Kawin, Nang Peraran, Ulu Katibas, di sini, hidup dalam kebimbanga­n selepas berlaku tanah runtuh berdekatan kediaman mereka, kelmarin.

Runtuhan disedari penduduk jam 12 tengah hari sebelum memaklumka­n kejadian kepada pasukan bomba untuk tindakan lanjut.

Rumah panjang didiami 180 penghuni itu terjejas di bahagian belakang lima meter dari bahagian dapur.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.39 tengah hari sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Song dihantar ke lokasi.

Menurutnya, pemantauan

 21 keluarga Rumah Panjang Kawin bimbang hujan berterusan

di lokasi kejadian mendapati runtuhan tanah sepanjang 20 meter itu tidak menjejaska­n struktur rumah panjang itu kerana kedudukann­ya tidak terlalu hampir.

“Bagaimanap­un, penduduk dinasihatk­an mengosongk­an rumah panjang itu sebagai langkah keselamata­n sekiranya berlaku runtuhan baru.

“Kami menutup kawasan berkenaan supaya tidak dihampiri penduduk sebagai langkah keselamata­n.

“Hujan sejak beberapa hari lalu menyebabka­n kawasan tanah tinggi berisiko untuk runtuh dan penduduk dinasihatk­an berwaspada,” katanya.

Katanya, penduduk dinasihatk­an memaklumka­n segera kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku runtuhan baru untuk membolehka­n tindakan lanjut dilakukan bagi mengelak kejadian lebih serius.

 ??  ?? TANAH runtuh di bahagian belakang rumah panjang.
TANAH runtuh di bahagian belakang rumah panjang.
 ??  ?? LO ketika meninjau pemasangan lampu di Jalan Landeh, semalam.
LO ketika meninjau pemasangan lampu di Jalan Landeh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia