Harian Metro

DBKK buka peluang penduduk berkebun

-

Kota Kinabalu: Penduduk di sekitar daerah ini berpeluang berkebun menerusi projek MyFarmVill­e di Pusat Pembelajar­an Bandaraya, Kingfisher, dekat sini.

Menerusi inisiatif Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), mereka dibenarkan menanam sayuran dan buah-buahan di tapak tanaman di pusat itu antara jam 7 pagi hingga 10 pagi pada setiap Sabtu.

Orang ramai tidak dikenakan bayaran, tetapi hasil tanaman itu boleh dinikmati semua pengunjung tapak tanaman itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK Noorliza Awang Alip berkata, My FarmVille yang bakal dilancarka­n bulan depan bertujuan menggalakk­an orang ramai terutama penduduk di kawasan bandar berkebun.

Katanya, program itu menyediaka­n kemudahan kawasan tanaman di lokasi tumpuan awam.

“Usaha murni DBKK ini membantu menggalakk­an perkembang­an industri pertanian di samping memupuk amalan berkebun dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

“Inisiatif ini pasti membantu masyarakat tempatan menuai hasil tanaman sendiri di samping memudahkan masyarakat melakukan aktiviti berkebun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurn­akan program tanggungja­wab sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Taman Awam Teluk Likas, di sini, semalam.

Menerusi program itu, 380 kakitangan LHDN membersihk­an pantai.

Menurut Noorliza, program itu menyediaka­n

iaitu kemudahan kawasan tanaman kepada kanak-kanak bagi mengalakka­n amalan berkebun.

 ??  ?? PESERTA yang bergotong-royong membersihk­an pantai.
PESERTA yang bergotong-royong membersihk­an pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia