Harian Metro

Lelaki diburu tumpas samun kali ketiga

-

Klang: Tiga kali melakukan jenayah samun di stesen minyak sama dalam tempoh dua bulan.

Itu yang dilakukan seorang penjenayah pada 8 dan 12 Disember lalu serta terbaru, 16 Januari lalu.

Bagaimanap­un dalam jenayah kali ketiga yang dilakukan Selasa lalu, lelaki berusia 22 tahun itu tidak bernasib baik selepas identitiny­a dikenal pasti sekali gus membawa kepada penangkapa­nnya.

Penjenayah itu ditahan tidak sampai 24 jam selepas melakukan samun di sebuah stesen minyak di Jalan Sungai Jati dekat sini pada jam 10.30 malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek ditahan jam 1 tengah hari Rabu lalu di sebuah rumah di Taman Mulia Off Sungai Jati dekat sini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas topi keledar merah dengan tulisan MS88, selipar, baju, anak kunci, motosikal Yamaha 135LC serta sebilah parang panjang berhulu kayu yang digunakan ketika melakukan jenayah itu.

“Hasil soal siasat suspek mengaku terbabit dalam tiga kes samun di stesen minyak sama pada 8 dan 12 Disember lalu serta semalam (Selasa),” katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian samun itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukka­n suspek meluru ke kaunter berseorang­an dan mengacukan parang ke arah pekerja di stesen minyak itu.

Shamsul Amar berkata, suspek mengambil wang tunai RM800 dari kaunter sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Menurutnya, berdasarka­n siasatan melalui CCTV selain maklumat awam, pihaknya melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Mulia Off Sungai Jati dekat sini jam 1 tengah hari Rabu lalu.

“Siasatan lanjut mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK memanjat kaunter sebelum melarikan RM800.
SUSPEK memanjat kaunter sebelum melarikan RM800.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia