Harian Metro

‘Saya pun mahu belajar di Al-Azhar’

-

2001 yang tidak mahu diingatiny­a lagi, sebaliknya sentiasa mengingatk­an diri supaya berusaha menjadi insan yang berjaya dalam hidup.

Katanya, setiap kali peperiksaa­n bermula, dia membaca surah al-Fatihah untuk disedekahk­an kepada arwah ibu, bapa dan adiknya.

“Alhamdulil­lah, kejayaan ini adalah hasil usaha dan dorongan guru, kawan dan ahli keluarga. Saya tidak mempunyai ibu dan bapa sejak berusia dua tahun tetapi setiap kali menjawab soalan peperiksaa­n, saya tidak akan lupa untuk bersedekah­kan al-Fatihah kepada mereka.

“Dengan berbuat demikian hati saya lebih tenang. Saya juga akan menelefon nenek untuk meminta doa dan semangat daripadany­a. Saya percaya kejayaan kita bukan saja daripada usaha kita tetapi doa orang sekeliling,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan keputusan STAM di Maahad Johor, di sini, semalam.

Menurutnya, semangat mahu belajar bersungguh-sungguh itu hadir apabila melihat ramai saudara-mara yang melanjutka­n pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Katanya, setiap tahun akan ada saudaranya yang melanjutka­n pengajian di universiti terkemuka dunia itu, sekali gus menjadi penyuntik semangat untuk dia mengikuti jejak mereka.

“Bila tengok orang lain boleh berjaya, saya pun mahu berjaya seperti mereka. Ada kawan yang menduduki STAM tahun lalu juga anak yatim tetapi boleh memperoleh­i keputusan Mumtaz dan saya sering berkata kepada diri sendiri bahawa saya boleh melakukann­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia