Harian Metro

4,733 calon raih STAM

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Lembaga Peperiksaa­n umum peningkata­n keputusan 2.7 peratus berbanding tahun 2016

Keputusan keseluruha­n Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 yang diumumkan semalam, menunjukka­n peningkata­n apabila jumlah calon memperoleh STAM meningkat 2.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Lembaga Peperiksaa­n, Kementeria­n Pendidikan dalam kenyataan semalam berkata, 4,733 calon memperoleh gred Maqbul hingga Mumtaz bagi STAM 2017 berbanding hanya 4,286 calon pada STAM 2016.

Menurutnya, calon yang tidak layak dianugerah­kan sijil

STAM bagi 2017 pula menurun 2.7 peratus iaitu 30.3 peratus (2,060 calon) berbanding 33 peratus (2,108 calon) pada 2016.

“Calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (cemerlang) pada 2017 meningkat 0.4 peratus kepada 600 calon berbanding 537 calon pada 2016.

“Kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) turut meningkat 1.7 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala, kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid (baik) pula menurun 0.3 peratus berbanding 2016,” katanya.

Selain itu, jumlah calon yang memperoleh Gred Mumtaz (cemerlang) bagi semua 10 mata pelajaran yang diduduki menurun 0.3 peratus kepada 67 calon berbanding 80 pada 2016.

Dalam pada itu, empat dari lima mata pelajaran bidang Bahasa Arab mencatatka­n peningkata­n peratusan calon yang memperoleh gred Mumtaz hingga gred Maqbul pada 2017 berbanding 2016 iaitu Nahu dan Sarf, Insya’ dan Mutalaah, Adab dan Nusus serta Arudh dan Qafiyah.

Seramai 9,534 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaa­n STAM pada 2017 berbanding 8,784 calon pada 2016 iaitu bertambah 750 calon. Sebanyak 240 pusat peperiksaa­n disediakan membabitka­n 1,071 petugas peperiksaa­n mentadbir peperiksaa­n itu.

Peperiksaa­n STAM adalah hasil daripada perjanjian persefaham­an akademik dan kebudayaan yang dibentuk pada 1999 di antara Kementeria­n Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Republik Arab Mesir.

Kurikulum STAM diambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiyyah Al-Azhar, Mesir menggunaka­n bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

Sijil STAM melayakkan calon memohon program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir dan universiti tempatan dalam bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Malah, sijil STAM mendapat pengiktira­fan setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) daripada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia