Harian Metro

JBPM sedia latih pekerja kilang Belajar cara santai

-

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia melatih lebih ramai pekerja kilang sebagai pasukan awal yang dapat memberi bantuan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran di kawasan industri.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, persediaan itu penting bagi taksiran kerugian dan kemusnahan harta benda sepanjang tahun lalu meningkat 81.81 peratus iaitu RM5.21 bilion berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.87 bilion.

Belajar secara santai. Itu resipi kejayaan Fatin Nabila Muhamad Fuzi, 19, yang memperoleh Mumtaz atau cemerlang dalam 10 mata pelajaran dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) semalam.

Bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hisamuddin di sini itu berkata, belajar dalam keadaan tertekan menyebabka­nnya mudah lupa.

“Saya hanya memperuntu­kkan kira-kira tiga jam dari Isnin hingga Khamis untuk mengulang kaji pelajaran. Saya percaya cara ini akan membantu kita lebih mudah menerima ilmu berkenaan.

“Selebihnya, saya melakukan

 Resipi kejayaan pelajar cemerlang peroleh 10 mumtaz

aktiviti riadah bersama kawan-kawan dan keluarga. Insya-Allah, di situ ada keberkatan.

“Selain itu, solat jangan tinggal dan saya cuba sedaya upaya tidak melengahka­n solat serta sentiasa berdoa kepada Allah SWT,” katanya.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, dia pernah tertekan apabila ada yang mempertika­ikan mengapa dia memilih untuk mengambil STAM.

“Pada awal saya ambil STAM saya tertekan apabila kerap ditanya serta diperlekeh­kan berikutan mengambil sijil ini,” katanya.

 ??  ?? FATIN Nabila bersama ibu bapanya ketika mengambil keputusan STAM di SAMT Sultan Hisamuddin, semalam.
FATIN Nabila bersama ibu bapanya ketika mengambil keputusan STAM di SAMT Sultan Hisamuddin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia