Harian Metro

‘Dia tidak pulang ke rumah sesiapa’

-

Kuala Lumpur: Pelakon Datuk Farid Kamil, 37, yang dibebaskan dengan jaminan Selasa lalu, kini menjalani rawatan kesihatan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Perkara itu dikongsi adiknya, Fadzil Zahari ketika dihubungi petang tadi.

Katanya, Farid dijangka dirawat dalam tempoh beberapa hari lagi bagi memastikan keadaan kesihatann­ya pulih seperti biasa.

“Dia tidak membantah apabila saya dan adik, Anis mengambil keputusan untuk menghantar­nya melakukan pemeriksaa­n kesihatan.

“Tujuan rawatan ini bagi memastikan keadaan sebenar dirinya sekarang. Kami terus membawanya ke pusat rawatan itu selepas dibebaskan.

“Dia tidak pulang ke rumah sesiapa. Insya-Allah apabila keadaannya sudah okey, baru akan dibawa pulang ke kampung berjumpa mak dan ayah.

“Lagi pula ketika kejadian dan sepanjang Farid ditahan, mak dan ayah belum berjumpa dengannya lagi. Cuma Farid sudah bercakap dengan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai dua anaknya, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3, Fadzil enggan mengulas lanjut sama ada Farid sudah dibawa berjumpa mereka.

Katanya, perkara itu terlalu peribadi.

Mengenai rawatan dilakukan Farid, Fadzil berkata, Anis yang banyak bercakap dengan doktor.

Dalam masa sama, Fadzil berkongsi Farid kini kelihatan lebih gembira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia