Harian Metro

Buruknya sikap sombong!

 Tidak peduli perasaan orang lain, hanya fokus terhadap diri dan kepentinga­n mereka

-

Orang sombong jarang ingin mendengar nasihat serta pandangan orang lain kerana berasa ia tidak penting. Mereka berasakan diri lebih tinggi berbanding orang lain dan mengharapk­an orang lain pula untuk memahami mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingka­n mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhn­ya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggak­an diri.”

(Surah Luqman, ayat 18)

Salah satu ramuan untuk membina perhubunga­n yang sihat adalah mengambil berat pandangan orang lain.

Contohnya, anak remaja kita pastinya gembira apabila pandangann­ya diterima dan diambil perhatian. Sebagai balasan, insya-Allah, mereka pula akan mengambil berat terhadap pandangan kita.

Saya pernah berhadapan dengan dua remaja yang sedang berbual. A menceritak­an perkara yang pernah dia pelajari dalam mata pelajaran tajwid.

Baru si A berkata-kata sedikit, si B memotong percakapan­nya dengan berkata, ‘Tahu’. Si A meneruskan percakapan­nya lagi dan dibalas si B dengan respon sama.

Nampak wajah hampa si A dan dia tidak meneruskan perbualan itu. Bayangkan anda berada di tempat si A, apa perasaan anda terhadap cara si B?

Orang sombong juga mengamalka­n sikap tidak peduli. Saya pernah berada sebagai pemerhati dalam satu sesi luahan hati ke hati antara seorang anak remaja dan ibunya.

Komunikasi mereka menemui jalan buntu berpunca akibat si anak tidak mahu bercakap dengan ibunya. Saya meyakinkan si anak itu adalah sesi yang sesuai untuk meluahkan apa yang dia rasa selama ini.

Si anak berkali-kali menyatakan ibunya bukanlah jenis yang meluahkan isi hatinya dengan saya sebagai perantara. Setelah ibu dan anak mengambil posisi masing-masing, anak memulakan bicaranya dengan penuh lemah lembut.

Apabila anak baru memulakan berbicara, ibu tergelak memotong percakapan sambil menuding kesalahan kepada anaknya. Anak cuba lagi untuk menjelaska­n sesuatu dan sekali lagi si ibu memotong.

Setelah beberapa kali anak cuba meluahkan isi hatinya, tetapi dipotong si ibu dan akibatnya anak hanya diam sahaja selepas itu. Saya tahu masalah berkenaan tidak akan selesai kerana ibu tidak langsung ingin mendengar isi hati anak.

Walaupun sebelum sesi bermula, saya sudah menasihatk­an ibu supaya mendengar terlebih dahulu sebelum memberi respons, ternyata nasihat saya itu hanya sia-sia.

Si ibu memang seorang yang tidak boleh bersabar dan tidak mahu peduli perasaaan anak. Buat pengetahua­n anda, ibu itu mempunyai masalah komunikasi dengan suaminya.

Saya faham keadaannya, tetapi cara dia berkomunik­asi dengan anaknya akan memburukka­n lagi keadaan. Masalah yang anda hadapi mungkin akan membiakkan masalah lain tanpa anda sedari.

Masalah yang anda hadapi dengan anak remaja sebenarnya mungkin berpunca daripada masalah yang anda hadapi seperti tekanan di tempat kerja, kewangan, seksual dan sebagainya.

Kemudian, anda melepaskan segala tekanan itu terhadap anak remaja. Sikap tidak peduli adalah salah satu cabang sikap mementingk­an diri.

Orang yang bersikap tidak peduli hanya memberi fokus terhadap diri dan kepentinga­n mereka tanpa mencari jalan untuk menggembir­akan orang yang bercakap dengannya.

Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela pernah berkata: “Jika anda bercakap dengan manusia dalam bahasa yang beliau fahami, beliau akan menyimpan isi percakapan anda dalam kepala. Jika anda bercakap dengan beliau dalam bahasanya, beliau akan menyimpan isi percakapan anda dalam hati.”

Seorang hakim mahkamah pula berkata: “Sembilan persepuluh konflik serius berlaku kerana salah faham, kegagalan seseorang untuk mengetahui sesuatu perkara adalah penting kepada seorang yang lain, atau kegagalan untuk menghargai pandangan orang lain.” Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku

“Dan janganlah kamu memalingka­n mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhn­ya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggak­an diri”

Surah Luqman, ayat 18

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia