Harian Metro

Amalan kerohanian bentuk aura positif masyarakat

- Bersama Datuk Dr Zahazan Mohamed

Kehidupan manusia hari ini dibelenggu pelbagai krisis kelangsung­an hidup. Manusia berjaya membina bangunan pencakar langit, namun gagal menstabilk­an ekosistem alam sekitar sehingga mengundang pelbagai bencana alam.

Manusia juga berjaya membina bandar idaman masa hadapan, tetapi lupa memikirkan gejala sosial yang kian menular di kota-kota besar.

Inilah krisis akibat kegagalan menyeimban­gi keperluan rohani dan jasmani.

Sheikh Muhammad al-Ghazali dalam muqaddimah Kitab al-Jaanibu al-A’tifi mina al-Islam, al-Bahthu Fi al-Khuluq wa al-Suluk wa al-Tasauf menyatakan: Kadang-kadang kita melihat Islam berdasarka­n apa yang dibincangk­an ulama.

Contohnya, pembahasan fiqah ibadat berkaitan taharah, solat, zakat dan haji serta fiqah muamalat yang membahas persoalan jual beli, syarikat, kontrak dan sebagainya.

Kenapa persoalan seperti wuduk dan jual beli dikaji dengan penuh ilmiah dan terkesan di jiwa? Apabila berbicara mengenai cabang-cabang keimanan, persoalan akhlak dan tingkah laku yang baik hanya dilihat secara ringkas dan bersahaja, tidak dibicaraka­n secara terperinci dan ilmiah.

Kerohanian Islam seperti rasa cinta kepada Allah SWT, ikhlas beribadat, tawakal, sabar menghadapi tekanan hidup, takwa, ihsan, amanah dan berkasih sesama manusia adalah antara cabang keimanan.

Ternyata umat Islam lebih memberi tumpuan dalam bidang fiqah berbanding ilmu hati dan kerohanian. Kerohanian merujuk kepada elemen hati yang membawa kepada perkembang­an personalit­i manusia secara seimbang.

Kestabilan dan keteguhan sebuah negara bergantung kepada kekuatan jati diri rakyatnya. Apabila rakyat dijangkiti penyakit sosial, hidup semata-mata mengejar kemewahan dan keseronoka­n hawa nafsu, berpecah belah, negara akan menuju kehancuran.

Nilai kerohanian membolehka­n manusia mempunyai akhlak dan tingkah laku baik serta memelihara nilai berkenaan walau apa jua perubahan berlaku di persekitar­annya.

Amalan kerohanian yang dijadikan amalan kehidupan seharian akan membentuk aura positif dalam kalangan masyarakat. Allah SWT berfirman bermaksud: “Orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan menjaga hukum-hukum Allah. Dan gembirakan­lah orang yang beriman itu. (Surah al-Taubah, ayat 112)

Kerohanian ibarat raja dalam diri manusia. Ia yang akan menentukan baik atau buruknya individu. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Ingatlah dalam jasad manusia itu ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah jasad keseluruha­nnya dan jika rosak daging itu akan rosaklah jasad keseluruha­nnya, ingatlah, itulah dia hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunah merakamkan Rasulullah SAW menjalani manhaj tarbiah rohani yang membentuk kekuatan peribadi seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Muzzammil ayat 1 hingga 8.

Solat malam (qiamullail) walaupun hanya sedikit di samping membaca al-Quran dengan tertib dan berzikir. Rasulullah SAW membina generasi sahabat yang mempunyai keupayaan mental, fizikal dan rohani yang mantap di samping pembinaan infrastruk­tur di Madinah.

Kekuatan dalaman dan luaran dibina generasi awal itu membawa kejayaan generasi seterusnya. Masyarakat Arab bergeluman­g dengan pelbagai penyakit akhlak.

Baginda mengukuhka­n akidah berteraska­n pembentuka­n akhlak. Pembanguna­n tamadun didahului dengan pembanguna­n manusia yang seimbang dan pemimpin berkemampu­an, bertanggun­gjawab, amanah serta bertakwa.

Asasnya, tamadun Islam memberi cahaya kepada pembinaan dunia Barat hari ini. Disebabkan pengabaian nilai-nilai kerohanian di samping sikap hidup mewah, hiburan serta kegiatan melalaikan, umat Islam menghadapi pelbagai tentangan sehingga dijajah kuasa Barat.

Islam masuk ke alam Melayu dalam keadaan masyarakat ketika itu hidup dengan pelbagai kepercayaa­n dan animisme. Namun, dengan kegiatan keilmuan dan kerohanian dicetuskan ulama silam, umat Islam membina tamadun yang dibanggaka­n dan mematuhi nilai-nilai kehidupan serta mengukuhka­n institusi kekeluarga­an.

Nilai kerohanian perlu dikembangk­an menyeimban­gi perkembang­an manusia. Insan abrar yang muhsinin (ihsan), muttaqin

(bertakwa), kathirul birri (banyak melakukan kebaikan) dan soleh wal muslih (seorang yang baik dan menyebarka­n kebaikan).

Segala perlakuan dilakukan berasaskan akidah dan nilai kemanusiaa­n berbanding nilai kebendaan. Penulis ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia