Harian Metro

Bina banyak rumah murah Lonjak minat pelabur

-

Lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapa­tan rendah akan dibina di negeri ini, apabila kerajaan negeri bersetuju menambah kuota pembinaan rumah daripada 15 pada 20 peratus, mulai pertengaha­n tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri melakukan pindaan terhadap Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) dengan menambah bilangan kuota pembinaan rumah mampu milik kategori A dan B iaitu berharga RM80,000 sebuah dan bawah RM250,000.

Katanya, penambahan kuota itu bertujuan memastikan lebih ramai golongan berpendapa­tan rendah dapat memiliki rumah diidamkan.

Minat pelabur di pulau bebas cukai ini kembali meningkat selepas kerajaan mengumumka­n untuk memulakan kajian pembinaan jambatan menghubung­kan Labuan dengan tanah besar Sabah.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, ia termasuk pembinaan Premium Outlet Bebas Cukai yang pertama di negara ini yang dijangka dimulakan bulan depan.

Beliau berkata, langkah itu secara tidak langsung menambah tarikan di Labuan sebagai tempat membeli-belah untuk menarik lebih ramai pengunjung termasuk pelancong asing.

“Ketika ini, ribuan pelancong terutama dari China, Taiwan dan Korea datang ke Labuan dan mereka tertarik dengan keindahan pulau ini, tetapi mereka kata walaupun

 Pembinaan jambatan, pusat beli-belah tarikan baru Labuan

bertaraf bebas cukai, tiada tempat membeli-belah.

“Sehubungan itu, kami perlu mewujudkan tarikan baru di Labuan khususnya yang bersesuaia­n dengan statusnya sebagai pulau bebas cukai,” katanya pada Majlis Pelancaran Kerangka Pembanguna­n Labuan 2030 (LDB2030) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dataran Labuan, di

 ??  ?? NAJIB melancarka­n pelan LDB2030 di Dataran Labuan.
NAJIB melancarka­n pelan LDB2030 di Dataran Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia