Harian Metro

Pemangkin perubahan

-

Labuan: “Kajian yang akan dilaksanak­an berhubung pembinaan jambatan Labuan-Menumbok di tanah besar Sabah bukan untuk menilai kesesuaian­nya, sebaliknya bagi mencari kaedah terbaik demi merealisas­ikan projek berkenaan,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok bakal menjadi pemangkin kepada perubahan menyeluruh pulau bebas cukai itu, khususnya dalam meningkatk­an kemasukan pelabur dan memudahkan pergerakan penduduk antara Sabah dan Labuan.

Katanya, kerajaan tidak melihat aspek keuntungan dalam melaksanak­an pembinaan jambatan berkenaan semata-mata, sebaliknya mengambil kira keperluan pembanguna­n pulau ini secara menyeluruh.

“Walaupun ada orang kata kos pembinaan jambatan Labuan-Sabah mungkin tidak menguntung­kan, tetapi kerajaan tidak melihat kepada pulangan saja, sebaliknya kita mahu melihat pembanguna­n secara keseluruha­n.

“Jika pembinaan jambatan ini menjadi pemangkin perubahan Labuan, jika disebabkan jambatan ini ekonomi Labuan lebih rancak dan penduduk boleh bergerak dengan mudah dan jika ia meyakinkan pelabur, maka berbaloi untuk kami bina jambatan,” katanya

Ketika pembentang­an Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu, Najib mengumumka­n kerajaan meluluskan kajian kebolehlak­sanaan untuk pembinaan jambatan menghubung­kan Labuan dan tanah besar Sabah bagi merancakka­n ekonomi pulau itu.

Sementara itu, Najib pada majlis sama turut menyerahka­n surat pelantikan syarikat perunding yang akan melaksanak­an kajian pembinaan jambatan berkenaan.

“Saya harap kajian kaedah pelaksanaa­n itu dapat disiapkan tidak lama lagi dan insya-Allah mudah-mudahan apabila sudah selesai kami akan kembali ke sini untuk melancarka­n pelaksanaa­n pembinaan jambatan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia