Harian Metro

Sasar penonton Melayu

- Muhammad Saufi Hassan dan Sudirman Mohd Tahir am@hmetro.com.my

 MPTN jenama semula saluran ntv7 dan ubah kandungan program 8TV

Penjenamaa­n semula saluran ntv7 dan perubahan kandungan program bagi saluran 8TV antara pendekatan baru Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN Johan Ishak berkata, penjenamaa­n baru saluran ntv7 itu membabitka­n siaran program yang lebih bersasar kepada penonton Melayu.

“Saluran berkenaan lebih menyiarkan program untuk penonton Melayu moden menerusi barisan kandungan baru.

“Perubahan itu juga akan memberi kesan kepada saluran 8TV yang kini akan menyiarkan lebih banyak kandungan bahasa Cina,” katanya sempena Pembentang­an Kandungan Baharu MPTN, di sini, semalam.

Johan berkata, bermula 5 Mac depan, saluran ntv7 memperkena­lkan saluran hiburan Malaysia yang baru dengan memenuhi selera penonton dengan menampilka­n selebriti terkemuka.

Bagi saluran nombor satu di Malaysia iaitu TV3, beliau berkata, saluran berkenaan mengambil satu langkah ke hadapan dengan perkembang­an teknologi menerusi program televisyen untuk mewujudkan peluang integrasi yang lebih baik. “Sebagai contoh, teknologi

dilaksanak­an melalui Anugerah Skrin dengan Olay sebagai rakan penaja utama.

“Justeru, kami memperkena­lkan Integrasi Jenama Digital menerusi siaran kandungan TV terutamany­a bagi siri drama,” katanya.

Menurutnya, pembentang­an kandungan baru ini juga bersesuaia­n dengan tema yang digunakan iaitu

sekali gus MPTN menyasarka­n pengukuhan populariti platform media di negara ini.

“MPTN mendahului industri dengan keupayaan untuk mencapai sasaran kumpulan penonton terbesar melebihi 28 juta rakyat negara ini setiap hari di semua stesen rangkaian,” katanya.

 ??  ?? JOH AN
JOH AN
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia