Harian Metro

Serbu makmal proses heroin JU

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Nur Sufiah Abd Halim am@hmetro.com.my

Ipoh: Sindiket dadah ditumpaska­n polis dalam tujuh serbuan di tiga negeri termasuk membabitka­n sebuah makmal memproses heroin di Jelapang, di sini, membabitka­n rampasan bernilai RM1.03 juta, kelmarin.

Serbuan digerakkan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Perak membabitka­n beberapa lokasi di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, serbuan dijalankan bermula jam 12.30 tengah hari hingga 11 malam dan lapan suspek berusia antara 22 hingga 47 tahun, termasuk seorang wanita tempatan dan seorang lelaki warga Sri Lanka ditahan.

Menurutnya, polis turut menemui dadah jenis ganja dan heroin yang dianggarka­n bernilai RM619,412 membabitka­n 2.67 kilogram (kg) bahan asas membuat heroin, heroin nombor 3 (3.42 kg) dan ganja (30kg) serta 56.9kg kafein.

Katanya, polis juga membuat sitaan harta bernilai RM410,700 membabitka­n empat kereta, tiga motosikal dan wang tunai RM1,700 menjadikan jumlah keseluruha­n rampasan RM1.03 juta.

“Serbuan pertama di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jelapang, di sini yang berjaya menahan lima suspek membabitka­n empat lelaki dan seorang wanita tempatan serta merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk memproses heroin ditingkat atas premis berkenaan.

“Polis turut menemui bahan asas membuat heroin, heroin nombor 3, dan hampir 60 kilogram (kg) kafein di di tingkat atas rumah kedai terbabit yang dijadikan makmal memproses, manakala tingkat bawah dijadikan kedai menjual barangan hiasan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini semalam.

Hasnan berkata, serbuan kemudian dibuat di sebuah kediaman di Taman Puncak Jelapang, di sini dan menemui ganja seberat 30kg dalam sebuah kereta di rumah berkenaan.

“Serbuan lanjut dilakukan di sebuah kedai kopi di Damansara, Selangor dan berjaya menahan tiga suspek termasuk seorang lelaki warga Sri Lanka.

“Beberapa serbuan lagi dibuat di Negeri Sembilan membabitka­n sitaan pelbagai barang rampasan,” katanya.

Menurutnya, sindiket berkenaan dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan sejak dua bulan lalu dan masih ada ahli sindiket yang masih bebas serta sedang giat diburu.

“Dalam tangkapan itu, dalang utama turut berjaya ditahan dan semakan mendapati enam lelaki warga tempatan itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

“Manakala warga asing berkenaan pula mempunyai pasport tamat tempoh,” katanya.

Katanya, suspek direman selama enam hari sehingga 23 Januari ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya

1952.

Kuala Lumpur

Polis berjaya menumpaska­n sindiket pengedaran dadah dalam bentuk serbuk minuman bernilai RM4 juta selepas menahan tiga individu dalam dua serbuan berasingan di Jalan Kuchai Maju dan Sunway Perdana, 15 dan 16 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan pertama, pasangan kekasih berusia 29 dan 30 tahun ditahan di dalam kereta di Jalan Kuchai Maju pada jam 9.20 malam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n dalam kenderaan suspek menemui satu beg plastik mengandung­i 10 peket serbuk minuman buah-buahan dipercayai dadah jenis ekstasi bernilai RM3,000.

“Suspek kemudian membawa pasukan polis ke sebuah rumah di Taman Salak Selatan pada hari yang sama.

“Pemeriksaa­n di rumah itu menemui 308 peket plastik dipercayai dadah serbuk ektasi, tuju mengandung­i serb pil eramin 5, satu mengandung­i dad paket plastik dada pada sidang media Kontinjen (IPK) K semalam.

Katanya, jumlah berkenaan diangga RM175,350.

“Siasatan lanjut kemudian memba kepada penahanan kumpulan berken CK berusia 31 tahu kondominiu­m di S Petaling Jaya.

“Pemeriksaa­n d menemui serbuk e kilogram (kg), 14 g

 Polis tu dalam ben

 ??  ?? SEBAHAGIAN dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan.
SEBAHAGIAN dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan.
 ??  ?? HASNAN menunjukka­n peralatan memproses dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Ipoh.
HASNAN menunjukka­n peralatan memproses dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia