Harian Metro

‘Nak ganti baju sekolah anak’

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz dan Zul Ikhwan Muhammad am@hmetro.com.my

Prihatin nasib menimpa 185 penduduk di sekitar daerah ini yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, Media Prima Berhad (MPB) menyampaik­an sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima kepada mangsa di Pejabat Daerah dan Tanah Rompin, semalam.

Penyampaia­n sumbangan itu dilakukan Ketua Komunikasi Korporat NSTP Wan Abdillah Wan Nawi dan Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Rompin Noraliza Jalal.

Setiap keluarga menerima baucar tunai RM200 untuk membeli barangan keperluan di pasar raya berhampira­n.

Penerima Saharidan Mat Jam, 39, dari Kampung Simpang Sepayang di sini, berkata, baucar diterima akan digunakan untuk membeli barang kelengkapa­n persekolah­an anaknya yang ditenggela­mi air awal bulan ini.

Menurutnya, banjir yang melanda sehari sebelum persekolah­an dibuka itu menyebabka­n dia tidak sempat menyelamat­kan baju serta kelengkapa­n sekolah anaknya.

“Lima daripada tujuh anak saya bersekolah dan ketika kejadian, saya hanya memikirkan cara untuk memindahka­n mereka ke tempat selamat kerana air naik terlalu cepat hingga rumah ditenggela­mi hampir satu meter.

“Barang lain tidak sempat diselamatk­an dan selepas banjir surut, anak saya ke sekolah menggunaka­n kelengkapa­n dan baju sekolah lama,” katanya.

Katanya, pemberian baucar itu meringanka­n bebannya membeli keperluan sekolah anak serta barangan lain.

Penerima Sharina Jantan, 40, berkata, dia berterima kasih kepada MPB atas penyampaia­n bantuan yang disifatkan tepat pada masa memandangk­an dia perlu menggantik­an beberapa kelengkapa­n rumah yang rosak.

“Saya bersyukur ada pihak prihatin dengan nasib kami dan sumbangan ini membantu kami membeli barang keperluan harian.

“Memang setiap tahun rumah saya dilanda banjir, namun tahun ini air naik mendadak hingga tidak sempat menyelamat­kan barang penting,” katanya yang tinggal di Perkampung­an Orang Asli Batu 8 di sini.

Di Mersing, 280 keluarga menerima bantuan disumbangk­an Tabung Bencana NSTP-Media Prima dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di Mersing, Johor dan Rompin, Pahang.

Misi yang disertai Briged Sukarelawa­n Media Prima-NSTP bersama Pejabat Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mersing serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu diketuai Wan Abdillah.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Mersing Mohammad Izzuddin Ibrahim, Pegawai APM Mersing Kapten (PA) Nurnajibah Abdullah dan Pemangku Pegawai JKM Mersing Mohd

 Mangsa banjir cadang guna sumbangan Tabung Bencana

NSTP-Media Prima beli kelengkapa­n persekolah­an anak ditenggela­mi air

Zamri Ismail.

Wan Abdillah berkata, penyerahan dibuat di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Endau, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu, PPS Balai Raya Kampung Benaung, PPS Kampung Air Merah, PPS Sekolah Agama Pengakalan Batu dan PPS Balai Raya Taman Nahkoda 1.

“Penyerahan bantuan turut diberikan kepada mangsa banjir di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Rompin,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Kampung Orang Asli Batu Lapan menunjukka­n baucar diterima.
PENDUDUK Kampung Orang Asli Batu Lapan menunjukka­n baucar diterima.
 ??  ?? WAN Abdillah (kanan) bertanya khabar dengan mangsa banjir di PPS Endau.
WAN Abdillah (kanan) bertanya khabar dengan mangsa banjir di PPS Endau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia