Harian Metro

Tapis ketat beri pingat

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

 Undang-undang khusus patut ada untuk pastikan kelayakan penerima kebesaran istana

Undang-undang khusus perlu digubal bagi memastikan hanya mereka yang layak dianugerah­kan pingat kebesaran oleh Sultan, Raja atau Yang Dipertuan Negeri (YDN).

Peguam, Salkukhair­i Abd Sukor berkata, kelayakan itu perlu mengambil kriteria khusus sejauh mana sumbangan sebenar penerima kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

“Mutakhir ini banyak kita dapati kes jenayah membabitka­n individu yang memegang pingat kebesaran seperti Datuk, Datuk Seri dan sebagainya. Senario ini membimbang­kan.

“Ia boleh menyebabka­n penerima pingat kebesaran tidak lagi dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

“Keadaan ini juga boleh menjejaska­n reputasi baik institusi beraja itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, wajar juga ditetapkan had umur minimum seseorang itu layak untuk dianugerah­kan pingat kebesaran misalnya umur 45 tahun ke atas, melainkan individu itu jelas memberikan sumbangan yang tidak dapat dipertikai­kan terhadap masyarakat, agama, bangsa dan negara.

“Saya berpendapa­t, jawatankua­sa bebas di peringkat negeri atau persekutua­n wajar diwujudkan bagi melihat, menapis, mempertimb­angkan dan seterusnya mencadangk­an nama bakal penerima pingat sebelum lantikan dibuat.

“Ini bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar berkelayak­an saja dianugerah­kan pingat kebesaran demi menjaga kualiti penerima pingat,” katanya.

Salkukhair­i mencadangk­an supaya penerima pingat yang disiasat atau didakwa terbabit kesalahan jenayah digantung sementara waktu secara automatik. “Sekiranya diputuskan bersalah oleh mahkamah, pingat itu akan dilucutkan secara automatik dan hendaklah dikembalik­an.

“Walaupun segala urusan penganuger­ahan pingat kebesaran ini di bawah bidang kuasa pihak sultan, raja dan YDN, kerajaan boleh menggubal undang-undang tertentu sebagai garis panduan dalam memastikan hanya mereka yang layak dan bebas daripada jenayah saja berhak memegang pingat kebesaran itu,” katanya.

Beliau berkata, pingat kebesaran tidak patut dijadikan sebagai modal untuk seseorang melakukan apa saja sehingga sanggup melanggar undang-undang negara, tetapi sebaliknya wajar dijadikan sebagai motivasi kepada diri sendiri dan orang lain untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia