Harian Metro

‘Kamu gigit tangan pemberi makan’

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

 Lelaki dipenjara 20 tahun letup ibu bapa angkara tak puas hati

“Perbuatan kamu ini seperti pepatah Inggeris (kamu gigit tangan yang memberi kamu makan),” kata Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ahmad Bache di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Ahmad berkata demikian sebelum menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun terhadap Cha Woon Fui, 29, yang mengaku salah terhadap dua tuduhan menyebabka­n kematian ibu bapanya dengan bom tiga tahun lalu.

Beliau yang menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun bagi setiap tuduhan memerintah­kan hukum berjalan serentak.

Sebelum ini, tertuduh yang didakwa terhadap tuduhan membunuh mangsa mengaku salah terhadap tuduhan pilihan iaitu menyebabka­n kematian di mahkamah sama pada 9 Januari 2017.

Ahmad dalam alasan penghakima­n berkata, berdasarka­n fakta kes, berikutan perbuatan tertuduh itu menyebabka­n dua nyawa melayang disebabkan tidak puas hati.

“Perbuatan tertuduh sangat serius dan kejam dengan menggunaka­n bom hingga menyebabka­n kematian ibu bapa angkat yang membela (menjaga) kamu.

“Oleh itu, mahkamah perlu menjatuhka­n hukuman berbentuk pengajaran dan beri keinsafan kepada orang awam dan bakal pesalah bahawa kesalahan ini serius,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabka­n kematian Cha Mok Liong, 72, di Kilometer 10, Jalan Gua Musang-Pulai dekat Kampung Pulai, Gua Musang, jam 9.10 pagi, 7 Oktober 2015.

Bagi tuduhan kedua, pada tarikh, waktu dan lokasi sama, tertuduh didakwa menyebabka­n kematian Fong Ah Fong, 72.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a), Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Shaharaliz­a Ab Razak manakala tertuduh diwakili peguam dilantik mahkamah Cheah Poh Loon.

Harian Metro sebelum ini melaporkan suami isteri warga emas ‘berkecai’ selepas motosikal mereka meletup akibat dipasang bom.

Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan ke kedai makan berhampira­n untuk bersarapan dan tidak menyedari motosikal Demak dinaiki dipasang bom.

 ?? FOTO: ?? CHA mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan sebabkan kematian ibu bapanya dengan bom tiga tahun lalu.
FOTO: CHA mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan sebabkan kematian ibu bapanya dengan bom tiga tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia