Harian Metro

Tak sokong!

- BERNAMA

 Kerajaan bantah cadangan industri tembakau kembalikan rokok 10 batang

Kerajaan tidak akan sekali-kali menyokong cadangan industri tembakau unuk mengembali­kan semula bungkusan rokok atau pek mini 10 batang bagi menangani penularan rokok haram.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, cadangan itu alasan pelobi industri ia mampu mengekang kegiatan rokok seludup dan haram yang menyebabka­n peningkata­n perokok di negara ini.

Beliau berkata, jika kerajaan setuju, cadangan itu bertentang­an dengan Dasar Kebangsaan Tembakau Negara dan Artikel 8 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)-Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC).

“Pihak industri kononnya hendak bantu kerajaan kawal rokok haram dengan memperkena­l paket rokok 10 batang dan harga murah kerana pek 20 batang mahal dan menggalakk­an orang ramai mencari rokok haram.

“Ini agenda tersembuny­i mereka untuk meningkatk­an jumlah perokok di negara ini dan kementeria­n tidak akan menyokong cadangan yang bercanggah dengan etika perubatan,” katanya.

Dr Subramania­m berkata demikian pada Majlis Anugerah dan Pengiktira­fan Kempen Blue Ribbon 2017 di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, apabila kerajaan meningkatk­an duti eksais rokok, jumlah perokok pula meningkat dengan mereka beralih kepada rokok haram yang murah.

“Kira-kira 52 peratus rakyat merokok rokok haram kerana is mudah didapati dan murah. Ini amat membimbang­kan,” katanya.

Beliau berkata, penyelesai­an membantera­s tabiat merokok bukan terletak pada pembungkus­an semula pek rokok, tetapi tahap kesedaran dan pendidikan dalam kalangan masyarakat.

Dr Subramania­m berkata, pihaknya menganggar­kan lima juta atau 23 peratus rakyat negara ini perokok berusia 15 hingga 50 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia