Harian Metro

Teruja terima maklum balas positif menteri

-

Putrajaya: “Saya lega usaha membawa perkara ini kepada menteri berwajib tercapai kerana sekurang-kurangnya kami penduduk di sini mengambil inisiatif semampunya.

“Terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memberi maklum balas positif dan mengambil langkah segera untuk meneliti keperluan membina masjid baru,” kata Datuk Norizan Ali ketika ditemui di Jabatan Perdana Menteri, di sini, semalam.

Beliau yang juga Penaung Kempen 1,000 Tandatanga­n Pembinaan Masjid Baru di Parlimen Kepong berkata, sebanyak 1,277 tandatanga­n berjaya dikumpulka­n dan diserahkan bersama permohonan dalam pertemuan bersama Jamil di Putrajaya, semalam.

Katanya, pihaknya juga mengusulka­n tanah di Taman Laman Rimbunan di Kepong seluas lebih dua ekar yang juga tanah rizab milik MAIWP dijadikan sebagai tapak masjid baru.

“Alhamdulil­lah, kita sudah berbincang dengan menteri dan menerangka­n perlunya sebuah lagi masjid dalam Parlimen Kepong,” katanya. Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) mendapati, berlaku kegagalan pematuhan anggota dan pegawai Balai Polis Bandar Baru Klang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan Lokap Berpusat Shah Alam sepanjang mengendali­kan kes S Balamuruga­n yang mati dalam tahanan Februari tahun lalu.

Pengerusin­ya, Datuk A Aziz A Rahim berkata, kegagalan pematuhan itu adalah terhadap Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dan prosedur operasi standard (SOP) malah, ia turut membabitka­n pengendali­an tahanan lain.

Menurutnya, kegagalan pematuhan ini membabitka­n proses sewaktu pengendali­an si mati dan tahanan lain serta proses pengendali­an dokumen yang mampu menjejaska­n siasatan kes terhadap si mati dan tahanan lain serta siasatan laporan mati mengejut.

“Suruhanjay­a mendapati ruang khas orang kena tahan (OKT) di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Utara digunakan sebagai lokap tidak diwartakan.

“Ini melanggar Kaedah-Kaedah Lokap 1953, Akta Penjara 1995 dan PTKPN Bahagian A ‘118’ serta penahanan OKT di ruangan itu boleh dianggap penahanan secara salah oleh polis,” katanya pada sidang media dapatan EAIC di sini, semalam.

 ??  ?? JAMIL menerima permohonan daripada jawatankua­sa pembinaan masjid baru di Kepong.
JAMIL menerima permohonan daripada jawatankua­sa pembinaan masjid baru di Kepong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia